Thursday, March 17, 2011

Titisan Embun 25

           Toing toing. apa kenapa pulak yang Along nak buat kali ni sampai ajak aku jumpa lepas office hour. dah lah tengah banyak kerja ni. tapi cuba kalau along ni bukan bukan along. dah lama aku tempik dia sambil cakap : AKU BANYAK KERJA KAU TAU TAK? tapi macam biadab pulak kan? so, ambil jalan selamat. ikut ajelah apa dia nak. Wan sendiri dah letih nak ikut kepala sendiri aje. yang dia mahu cuma satu, tolong sesiapa leraikan kekusutan ini. tolong tolong lah. Wan dah letih tau tau?
           Okay, lambat lima minit. wan tenung jam tangan macam nak kasi tembus. nampak sangat geram dengan Along yang janji tak serupa bikin. mentang-mentang aku angah, dia along. hish. sabar ngah sabar. Karang berlaku pertumpahan darah dua bersaudara kang tak pasal pasal korang bukak hikayat tanggang version modern kejap lagi.
            Ingat angah tak letih ke? kot iye pun Along tengah tekanan sekarang ni .beragaklah aku rushing dari office dengan traffic jam lagi. kalau macam ni, aku rasa aku lagi tekanan dari dia. Wan teguk lagi air fresh orange gelas panjang itu.
           "Lama ke tunggu ngah?" Along tanggalkan spec hitam itu. Wan teguk liur. perlahan-lahan kepala di geleng. "Tadi ada hal sikit. tu yang lambat," datar along berbunyi lagi. Wan hanya angguk kecil. hatinya berdegup tak tentu.
          "Apa yang private sangat Long. sampai tak boleh cakap kat rumah?" nak tak nak Wan bertanya juga.
          "Pasal Amina Zulaikha," seketika Along berhenti.. Blackberry Along berbunyi. Wan sabar menunggu sambungan ayat tergantung Along dengan mata terkebil-kebil.
          "Lagi satu... Along nak tanya ni. harap angah jujur. Along tak nak panjang-panjangkan benda ni lagi. kalau boleh kita settle sekarang,"
          "Ooookeeyyyy" Wan angguk perlahan.
         "Memang dah lama kenal Insyirah Safiyyah ke sebelum ni?" tegang Along bertanya.
         Wan angkat muka dari fresh orange itu sebelum matanya merenung wajah Along yang tak tercalit walau segaris senyum buat wan rasa makin cuak.

Tuesday, March 15, 2011

Titisan Embun 24

           "Uih, Wan kot ye pun tengah gaduh dengann awek. apasal smatch kepala aku?" Adli mengusap kepala sendiri. Johan yang sedang meneguk air mineral memandang. "Amina Zulaikha lari ke?" Izzat yang mengelap peluh di dahi angkat kening. Wan ketawa hambar seraya mengambil tempat di sebelah Johan. "Kerja banyaklah," balas lelaki itu ringkas. tiga pasang mata yang asyik merenungnya terkelip-kelip sendiri seolah-olah malas nak bertanya lanjut.
           "Oi, orang kalah jangan buat-buat tak ingat," ujar Wan sebelum beredar dari situ. sengih di ukir ke arah Adli yang yang buat-buat tak dengar. Izzat hanya tergelak sambil menggelengkan kepalanya. Johan pula dah mula mengemas peralatannya. "Lepas ni nak lepak mana?" soalan Johan yang dituju kepada champion mereka. Wan menoleh sebelum sengih evilnya menghiasi wajah "haha, aku tak kisah. Orang kalah decidelah" ujar Wan sebelum  angkat kaki dari situ. diikuti Izzat Johan dan Adli yang dah berkerut dahi memikirkan poket sendiri yang hampir sengkek. ingat kerja executive duit macam air ke?
            "Kau macam orang dengar saham jatuh kenapa?" soalan Izzat yang buat Wan rasa macam nak berhentikan kereta di bahu jalan dan suruh Izzat jalan kaki ke kedai mamak. "Mana ada pape," Wan tenang memandu. malas betullah kalau nak bukak hikayat Laila Majnun versi Najwan Irfan ni.
            "Aku dengar hari tu rumah kau ribut bagai nak rak bila abang kau dah berura-ura nak putus tunang. betul ke? bukan ke majlis dia tinggal sebulan aje lagi?" Izzat menyuap snicker itu ke dala mulut. sabar menanti jawapan sahabatnya itu. nak tak nak Wan angguk lemah. benda betul. nak kata apa lagi?
            Dia sendiri pun terlepas sudu dari tangan bila Along buat pengumuman nak putus tunang di meja makan. terkebil-kebil matanya merenung Along. dia sendiri seolah-olah terdiam terkesima tak boleh nak fikir apa. Mungkinkah Along dah berjaya membongkar segala-galanya. seminggu lepas Amina Zulaikha bertandang ke kenduri, gadis itu menghubungi kononnya nak back off. Wan sendiri dah jatuh rahang. marah? Wan tak boleh nak marah cuma kecewa. dia sendiri terasa nak garu kepala. patutnya dia marah, sakit hati, patah hati, kecewa dan yang sewaktu dengannya bila Amina Zulaikha buka cerita kenapa dia mahu hubungan mereka sekadar sampai di situ. sebab Along? sebab Along lagi?
            Malam itu Wan bangun untuk tahjjud. segala perkara dirasakan tersimpul mati tiada jalan keluar. lalu, kepada Allah sahajalah tempat untuk dia bermunajat memohon petunjuk. dia sedih saat memikirkan kesungguhan mama nak bermenantukan Amina Zulaikha. dan akhirnya semua jadi macam ni? maafkan Wan mama.
          Mama mengeluh panjang bila Along kata nak putus tenang. baru semalam Wan bagitau bahawa Amina Zulaikha tak sudi nak teruskan hubungan mereka. datang pula cerita Along tak jadi kahwin. "Kad dah tempah Long, Catering pun mama dah reserve. Jemputan dah ada. Along nak malukan mama ke?" sejujurnya WAn tak rasa gembira pun kalau Along tak jadi kahwin dengan Insyirah Safiyyah. untuk apa Along kahwin tapi nanti tak bahagia? lepas tu cerai berai. tapi dalam masa yang sama, tegarkah Wan nak tengok mama sedih kerana kegagalan majlis perkahwinan anak sulung keluarga ini.
          Along pula sudah gaya askar taliban nekad-senekadnya. namun akhirnya, hasrat Along ditangguhkan mama apabila mama suruh along fikir masak masak. jangan fikir membabi buta. dan Wan perasan Along jeling dia. lalu, kalau benar Along dah tahu kisah rapunzel Najwan Irfan - Insyirah Safiyyah. wajarkah Along terus mintak batal perkahwinannya. Wan takde pun bising-bising yang sebabkan putusnya hubungan dia dan Amina Zuliakha kerana Along yang seorang itu. jujur, suasana di rumah sedikit tegang sekarang.
          Wan menoleh Izzat di sebelah. " Pening kepala aku Zat," akhirnya. dia mengalah. berkongsi cerita dengan Izzat. terasa separuh beban di bahu terlurut seketika. dia tidak boleh hadapi ini semua seorang diri. maunya tidak. bertegur sapa dengan along pun dah jarang jarang. terasa macam orang asing. sampai bila nak macam ni? Along tetap along. tak dapat Amina Zulaikha pun tak pe. Mengalah dekat along bagi dia tunang dengan Insyirah Safiyyah pun aku redha. tak cukup sayang ke aku kat along tu? haishh.