Tuesday, December 28, 2010

Titisan Embun 21

          "Kak Zue, rindu..rindu..rinduu!" Una dak peluk Kak Zue kesayangannya itu. Wan hanya perhati dari jauh. sejuk sedikit hati yang panas cemburu dari tadi. Gadis berjubah kuning air itu kelihatan anggun dengan tudung bidang 60 yang tersarung di kepala. Cantik! desis hatinya. Tapi kenapa mata ni tetap nak mengejar yang berbaju kurung ungu dan bertudung labuh yang masih bersila di dalam rumah itu? hesh mata ni, cucuk dengan garpu kang baru tau.
           "Angah dekat situ, tu yang pakai baju melayu yang warna putih susu itu. yang bersandar kat tiang seri rumah tu, Kak Zue nampak tak ni?" Una lambai-lambai tangannya. Amina Zulaikha ketawa kecil. "Akak nampak lahh," dia membalas sambil tersenyum. Wajah Najwan Irfan yang baru disayangi itu dipandang sesaat dua. dia senyum lagi.
            "Hensem tak angah orang?" Husna cuit pinggang Kak Zue sambil tersenyum mengusik.
            "Entah,.. no komen :)" balas Amina Zulaikha tersenyum malu.
            "Eleh, hensemlah tu, alah Kak Zue ni nak puji pun malu. bakal tunangkan?" Usik husna lagi.
            "Kak Ana!" panggil Husna yang buat Hannah yang sedang bersembang bergelak ketawa dengan Along terkejut. dua-dua serentak menoleh. "Apa?" tanya Hannah dengan kening terangkat.
            "Bakal kakak ipar nombor dua.." Balas Husna dengan ketawanya lagi. Wan yang memerhati dari jauh hanya mampu tersenyum. seronok betul adinda-adindanya nak dapat kakak baru.
            "Kejap, kak Ana datang!" Hannah menyambut.
             Senyum di wajah Amina Zulaikha mati bila terpandang wajah lelaki yang ada di situ. lelaki itu juga turut diam memandang wajahnya. gelak ketawa yang sudah lama tak menghiasi pancainderanya juga dah hilang ke mana bila lelaki itu menangkap raut wajahnya di situ.

korang :)
ape kena mengena Amina Zulaikha dengan Along yek?
err, saya sendiri pun macam pening aje nak adun cerita ni.
*macam buat kek pulak main adun-adun kan?* hehe :P
kepada yang sudi membaca : terus membaca tau :)


kenapa cerita nih macam lambat lagi jek nak habis,
cuti dah makin pendek nih.
saya kena balik rembau dah ni :))
huh :(

Titisan Embun 20

          "Angah pergi mandilah Ngah, bau tengik dah tau,," Husna tolak tubuh Angahnya yang dah berbau kunyit itu. "Eleh, mengata orang aje. baju Angah dah iron ke belum?" Wan tarik tembikan yang dak siap dipotong di atas pinggan itu lalu di masukkan ke dalam mulutnya. "Tu tanya Kak Ana, hari ni dia yang iron baju kita semua, Una dah resign. tak sanggup iron baju angah, susah sangat nak licin.." Una membebel sambil menyusun tembika itu. Wan ambil lagi satu.
           "Angah, pergi madilah. tau tak tengik tu bau macam mana? dah tu mulut tu dari tadi tak boleh nak berhenti mengunyah ke Ngah?" Una sorok dulang tembikai itu dari Angahnya. "Alah, kedekutnya Una ni. dengan Angah sendiri pun nak kedekut tau.."Wan dah buat muncung.
            Husna buat muka pelik. "Sejak bila pandai tarik muncung ni ngah, buruk tau tak?" jujur Husna menyembur abang keduanya itu. "Cis, mulut jahat punya budak!" Angah menggenggam kepala Husna. habis serabai jadinya rambut Husna. Husna menepis. " Angah, una kata mandi lah. orang bagi tau Along karang baru tau.." Husna membetulkan rambutnya yang dah berjuntai di dahi. Hesy, Angah ni kan.
            "Bagilah tau, angah tak takut. mesti Along back up Angah punya lah!" Wan senyum mengejek. sekali pandang macam nenek kebayan aje. Husna menggumam di dalam hati,
            "Ngah, kau tak mandi lagi ke? bau ayam kau tu sebatu dah bau kau tau tak?" Along bertanya dari pintu dapur. Husna dah terhenjut-henjut menahan ketawa. Along back up konon. eceh, tata lah Angah. Along dah bunyi aura pancung tu..
            "Angah nak mandilah ni long, ni si budak Husna ni tahan Angah suruh makan tembikai ni" Cepat Wan cipta alasan. kali ini padangan Along jatuh pula pada wajah Husna yang terkejut ungka itu.
            "Eihh , angah dosa tau fitnah.., dah lah pergi mandi.. pergi mandi.." Balas husna sambil menolak tubuh angahnya ke bilik air. selamat Angah di masukkan ke dalam bilik air, Along dipandang, dia senyum paksa.
            "Dah Long , angah dah mandi dah. Nanti Una sempur ambi pur ehh" Along ketawa kecil sebelum berlalu ke ruang tamu.
  
                 ***********************************************************

              "Eh, jemputlah masuk, tetamu dari jauh ni. Along,ohh Along, mari lah sini.." Wan hanya padang sekali imbas aje. Dia tahu keluarga bakal mentua Along dah sampai. dari tadi mulutnya kumat-kamit membaca selawat syifa menenangkan hati sendiri yang dah berdegup tak ikut kadar yang sepatutnya. "Relax wan, okayy tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembu" dia berbisik sendiri.
               "Terima kasihlah sudi datang dari jauh, jemput duduk. buat macam rumah sendiri aje.." Wan dengar suara mama yang ramah menyambut tetamu aka bakal besan itu. Wan yang tadi santai menyuap tembikai itu memerhati dengan mata yang mengecil. satu persatu wajah masuk lalu duduk bersila di atas tikar yang dibentang di tengah-tengah ruang tamu yang berhawa dingin itu. Wan terkejut bukan kepalang bila terpandang wajah juniornya, Eih, Ziyaad? apa jadah pulak mamat ni buat dekat sini?
               "Angah, Ya Allah! makan tembikai aje kerjanya! Dah, dah cukup tu. nanti habis angah makan seorang aje. tetamu tak sempat rasa pulak sebab dah masuk perut angah dulu!" Husna terus menarik dulang tembikai yang letaknya dihadapan Angah nya itu. "Nanti kembung karang baru tahu.." bebel Husna lagi sambil menyusun dulang itu.
               "Eleh, tahulah orang tu buat medic, eccee." Wan mencebik pada Husna. Husna hanya ketawa.
              Husna memandang bila mama mereka memanggil dia dan Angah ke ruang tamu. dari jauh nampak Along dan Kak Ana yang dah bersila di situ.
              "Angah, maa panggil tu," Husna cuit bahu Angah..
              seketika, mereka berdua bertukar pandangan sebelum Wan mengeluh. "Angah malaslahh" Ujar Wan malas. "Apalah Angah, awek lama datang tu, jom pergi" paksa Husna sambil menarik lengan angahnya menuju ke ruang tamu. "Angah ni gemuknya, berat!" Sempat Husna melawak. Wan hanya ketawa kecil. "Una gemok angah tak bising pun," Wan membalasa perlahan.
              "Ni anak nombor dua saya, dak angahnya, adik Imran.." mama mengenalkan bila elok aje Wan angkat wajahnya dari tangan ayah Insyirah Safiyyah. lalu mata mereka bertembung. pertama kali bersua muka dengan Insirah Safiyyah. tak pernah dia jangkakan keadaannya seperti ini. Wan kelu tak terkata apa.  mujur ada Husna yang menepuk bahunya. Lalu matanya berlari pada wajah Ziyaad pula!
              "Ngah, ni Ziyaad study dekat UM kuala lumpur jugak ni, Angah tak kenal?" Soalan mama buat Wan terkedu tak tahu nak jawab apa. lambat-lambat Wan angguk.
              Okay, Wan . mungkin kau patut call Zue tanya dia dah sampai ke belum? tapi kenapa hatinya tetap keras ingin duduk  di sini menatap wajah tunang abangnya itu. Wan istighfar di dalam hati , "Ma, mak cik, pak cik, saya nak ke depan. Ada hal kejap" ucap Wan sopan dengan senyuman dan terus melangkah ke luar rumah.

Titisan Embun 19

         "Ngah, dah jemput Kak Zue ke belum?" Hannah bertanya dengan telefon di tangan. Spontan Wan tepuk dahi sendiri. "Allah mak, Angah lupalah Na, Ana telefonkan boleh? Angah nak pergi pasar dengan Along kejap . Nak pergi beli ayam," Wan sarung t-shirt itu ke badan.
         "Angah ni memanglah, kalau orang tak tanya tadi, alamat lupalah nak jemput buah hati sendiri" Hannah mencebik mengenangkan Angahnya yang memang kurang ambil berat tentang Kak Zue.
         "Alah, betul Angah lupa. Angah sibuk sikit sekarang ni, tak apa Ana call dia cakap Angah ajak tau? jangan cakap Angah lupa pulak, nanti dia kecik hati.." sempat Wan berpesan sebelum dia bergegas ke luar rumah mendapatkan Along yang dah menunggu di dalam kereta.
         "Nah ni resit mama kata, mama dah bayar separuh minggu lepas," Wan menghulurkan resit itu kepada Along sebaik sahaja dia memasuki kereta Along.
         "Ngah, kuat betul perfume kau ni? tersumbat hidung aku tau, kita nak pergi pasar beli ayam tau bukan nak pergi Pavillion" Along kibas-kibas hidungnya. Wan tarik kolar baju t-shirt polo yang tersarung di badan dengan dahi yang berlapis-lapis berkerut. " Apa yang wanginya? aku rasa biasa aje?" Wan memandang Along dengah dahi berkerut.
         "Kau ni sembur minyak wangi ke mandi dengan perfume tu?" Along membebel sambil memulas stereng. Wan pula sibuk dengan Blackberrynya. Dia berhati-hati membalas mesej Amina Zulaikha agar tak terkantoi yang dia terlupa nak menjemput gadis itu.
         "Long, tu kedai yang tu kut.." Wan tunding jari ke arah kedai yang menjual ayam itu. Along angguk perlahan.
         Telefon bimbit Along tiba-tiba memekak buat Wan rasa macam di konsert My Chemical Romance. Kau ni Long, tak padan dengan tunang orang, lagu tu tak nak bingit lagi aje. "Alamak, bapak mentua aku lah Ngah, nah kau ambil resit ni, kau pergi beli, aku nak angkat call kejap," Wan sambut dengan sengih. "Bakal tu kau jangan pakai buang suka-suka hati aje. Belum akad nikah lagi..." Sempat Wan mengusik sebelum berlalu ke arah kedai ayam itu. Mengusik? sebenarnya Wan memang memaksudkan itu. Belum kahwin Long, belum hak milik mutlak kau lagi tu.
         "Err Assalamualaikum bang saya datang ni nak ambil ayam yang mak saya dah tempah minggu lepas. ini resitnya" Wan hulur dengan tangan kanan juga dan senyum yang sedia terukir di bibir. dia memandang seketika ke arah Along yang sedang ketawa besar itu.
         " Ohh, kejap ya encik?" balas lelaki itu sebelum memanggil seorang pekerjanya.
         "Kenduri ya encik?" Ramah penjual itu bertanya. Ramah juga Wan menjawab
         "Kenduri pakcik, macam mana meniaga pak cik, okay?" Wan bertanya ramah sementara menunggu pekerja pak cik yang menjual ayam ini menghantar ke kereta. kalau mengikut faktor usia, mungkin sebaya ayah dia.
         "Bolehlah encik, cukup-cukup makan aje.." Jawab pak cik itu tersenyum lagi. Along datang menepuk bahu. "Dah Ngah?" wan toleh ke arah Along lalu angguk.
         "Terima kasih encik," ucap pak cik itu saat Wan dan Along dah siap membayar duit. "Sama-sama pak cik. Semoga murah rezeki ya pak cik" Wan menyambut kata-kata pakcik itu dengan doa.
         Pak cik itu ketawa kecil. "Semoga Allah rahmati kamu. Insya-Allah" pak cik itu hanya membalas perlahan memandangkan Wan yang dah menoleh ke tempat lain. Mulia sungguh hati anak ini, masih mahu beramah tamah dengan aku yang hanya kerja sebagai tukang jual ayam. dari gayanya, pasti dia seorang yang berkerjaya dan dari keluarga yang berada tapi tidak kekok berbicara dengan aku yang memang tidak sekufu dengannya. Ya, hatinya mulia. Semoga Allah makbulkan setiap doanya.
         Dalam kereta, Along yang sedang memanaskan enjin bersuara, "Tadi ayah tunang aku telefon, mungkin dia orang sampai dalam lepas maghrib " Wan hanya angguk kecil, "Ohh, Seronoknya kau Long.." Wan ketawa hambar.
          "Habis kau tak seronok, Zue pun datang kan malam nanti?" Along bertanya lagi buat Wan hanya senyum kecil ke arah Along sebelum melempar padangan ke pada jalan raya.
          Amina Zulaikha dengan Insyirah Safiyyah mana sama Long, diorang takkan sama Long. kenapa ya semua mesti jadi macam ni, kenapa semua jadi macam ni? Ya Allah, aku pohon, andai punya kesempatan , perbetulkan semua ni ya Allah. Leraikan kekusutan hambamu ini Ya Allah.

                   ******************************************************      
      

Monday, December 27, 2010

Titisan Embun 18

          "Kak Ngah, Kak Ngah ui?" Najiha melambai-lambaikan tangannya di depan Safiyyah.
          "Apa? Hish Jiha ni kacau Kak Ngah aje tau, baru nak berangan sikit.." Safiyyah tepuk bahu adiknya itu.
          "Ooo, kak Ngah ingat tunang Kak Ngah eh?" Najiha senyum mengusik. Safiyyah senyum pahit. Kalau ikut hukum alam memang itulah yang sepatutnya. tapi kenapa balasan email dari Rawang itu yang buat dia terasa hati? tak mahukah Najwan Irfan berkawan dengan dia lagi?
          "Mana adalah. Pandai-pandai aje tau Jiha ni. Ziyaad dah balik?" cepat-cepat Safiyyah tanya pasal adik bongsunya itu pula.
          "Baru ja tadi. berpeluh-peluh siap. baju dia kotor jangan cakaplah. berendam dalam lumpuq agaknya" Najiha merengus.
          "Isy, tak baik mengeluh tau , Allah marah. pergi panggil Ziyaad sat. habaq Kak ngah nak mintak tolong sat"
           "Ai ai sir!" Najiha terus menghilang ke dalam rumah. beberapa minit kemudia, baru kelihatan Ziyaad yang dah berbaju bersih itu.
           "kenapa Kak Ngah, nak pergi pekan eh?  Awat nak ajak Ziyaad teman ka?" terus Ziyaad sekap jarang. selalunya begitulah, Kak Ngah mesti minta Ziyaad teman kalau nak ke Pekan. lagi pun ummi punrisau nak lepaskan Kak Ngah seorang diri.
           "Eh taklah.. Ni Kak Ngah nak tanya sikit ni? Ingat lagi tak kawan Kak Ngah..?" Safiyyah bersila pula,.
           "Kawan Kak Ngah hak mana? Ziyaad lupa lahh. hak perempuan ke hak jantan?" Ziyaah garu kepala sendiri.
           "Awak punyaa mulut, jahat naa. hak kawan Kak Ngah yang dok sama tempat belajar dengan Ziyaad tu, hak yang nama dia Najwan Irfan tu.." Safiyyah petik jari depan wajah adik lelakinya yang bingung itu. ngee, budak bertuah ni cek campak masuk sawah karang buat kes nayaa aja.
           "Ohh, hak yang Kak Ngah dok puji baik sangat tu ka.. lah awat tak habaq awal-awal lagi. yang tu mestilah cek ingat" sengih terukir di bibir Ziyaad.
           "Dia tau ka hang adik Kak Ngah?"
           "Rasa cek laa, dia tak tau kut. tapi memang betulahh dia baik. ramai orang dok usha . student kat tempat Ziyaad dok study tu berpusu-pusu dok minat kat dia nak buat jadi mata air, Kak Ngah. Awat tanya kak Ngah? rindu ka?" Ziyaad sengih lagi.
            "mulut hang kalau kak Ngah tumbuk dengan lesung batu kat dapuq tu baru hang tau langit tinggi ka rendah. tak makan saman betul naa mulut hang. nak habaq tu pelan-pelan sikit tak buleh ka? hish, ketegak sungguhlahh.." Safiyyah cubit pipi adiknya itu.
            "Lah, awat tak habaq awal-awal tak boleh habaq kuat-kuat?" tanya Ziyaad lagi sambil ketawa.
            "Hang ni lah Ziyaad, kalau bukan adik Kak Ngah dah lama Kak Ngah campak masuk sawah kat depan tu. hang teringin ka?" marah Safiyyah lagi.
            "Iyalah. Ziyaad habaq slow-slow lah ni... awak kak Ngah pulak bukak loudspeaker ni?"
            "Ziyad, dia ada contact hang?
            "Tak dak. Awat tanya? dia tak contact hang ka?
            perlahan Safiyyah geleng kepala. sungguh. dia benar-benar terasa,
            " Dia dah tau ka Kak Ngah dah tunang Ziyaad?" perlahan Safiyyah tanya lagi.
            "Cek tak tau lah kak ngah.."
            "Dia hilang khabaq berita macam tu aja.."
            "Kak Ngah tak cuba habaq elok-elok kat ummi ka? "
            "Habaq apa lagi, Ziyaad? tunang dah tunang. Kak Ngah dah redha dah. tawakkal pun dah. kalau betul itu jodoh kak ngah, Tak boleh nak buat apa dah. mungkin Kak Ngah dengan Abang Wan hang tu tak dak jodoh." Safiyyah mengeluh lagi. pembuluh hati terasa sakit tiba-tiba. beratnya dugaan,
            "Kalau dah lagu tu Kak Ngah, buat apa ingat kat dia lagi. lupakan aje lah. nanti hati kak Ngah pulak yang sakit kak Ngah, doalah kak Ngah, Allah itu adil kak Ngah, Dia sentiasa dengaq doa hambaNya" Ujar Ziyaad mengakhiri perbualan mereka. Safiyyah pandang sawah padi yang menghijau itu. Najwan Irfan... sekelip mata, malam yang merubah episod hidupnya itu telayar di depan mata.
          
                                         ****************************************        
               "Kak Ngah, mai sat. Ummi dengan abi nak habaq sikit..." malam itu saat dia khusyuk membaca novel, ummi memanggil lembut. rambutnya diusap lembut. Safiyyah jadi pelik. kenapa ni? matanya silih berganti memandang ummi yang nampak sungguh bahagia dan abi yang wajahnya berseri-seri.
               "Habaq apa ummi? Awat senyum sampai telinga aja nih?" bendul Safiyyah bertanya.
               "Memanglah ummi gembira. ada orang nak masuk meminang anak ummi yang cantik ni.." ujar ummi lagi dengan senyuman yang terlalau bahagia.
              Safiyaah terkelu. tak tahu nak jawab apa. terkebil-kebil merenung wajah orang tuanya itu.
              "Siapa ummi? cek kenal?" lambat-lambat dia bertanya. dia rasa dia d itali gantung. nafas terasa sesak. dalam kepalanya hanya ada satu nama aje. Najwan Irfan.
              " Imran, engineer di ofis ayah? ummi suka kat budak tu. baik aja. kalau Safiyyah setuju memang ummi suka sangatlah. budak tu rupa ada.. lengkap lah senang ceritaa" Ummi senyum lagi.
              "Lagu ni, ummi dengan abi tak mau paksa-paksa. hak yang nak kahwin sat gi, hang. hak yang nak sehidup semati dengan budak Imran itu pun hang, jadi hang pikiaklah betui-betui. kalau dah ada pilihan sendiri. habaq mai. abi tak nak Kak Ngah menyesal pulak nanti" Abi senyum penuh mengharap.
              "Ummi suka dia? abi suka dia?" ras macam tak rela nak menjawab. fikirannya jauh melayang ke Rawang. habis kalau aku setuju, bagaimana dengan Wan?
              "Sukaaa, dia budak baik, keluarga dia pun baik-baik jugak," jawab ummi pantas. Abi hanya angguk sambil tersenyum.
              "Dah kalau lagu tu,  cek ikut ummi dengan abi lah. elok di mata ummi dan abi, eloklah untuk cek.." balas Safiyyah dengan suara yang kian sebak. Ummi, cek tak sampai hati nak buat ummi dengan abi kecik hati kalau cek habaq yang cek dah ada pilhan sendiri.
              "Hang dah pikiak habis-habis?" tanya Abi pula. lama Safiyyah diam. sebolehnya di tahan air mata dari gugur jatuh. dia senyum paksa.
              "Ikut ummi dengan abi lah.cek masuk dulu na.." cepat-cepat Safiyyah nak berdiri. dia terhenti bila ummi memaut tangannya.
              "Terima kasih sayang, ummi sayang kak Ngah sampai bila-bila.." ujar ummi sambil cium ubun-ubun Safiyyah. dan saat itu air mata tak dapat di tahan lagi.
              "terima kasih mi, dan lahirkan dan besarkan cek.."

              Ummi, kalau cek kena bergadai nyawa demi ummi pun Kak Ngah sanggup. Asalkan ummi gembira itu dah cukup buat cek.

Titisan Embun 17

         "Pernah dengar cinta abadi?" izzat di sebelah dah berkerut dahi. ni apahal pulak si Wan ni?
         "Kau ni baru lepas baca novel ke Wan? jiwang semacam aje aku tengok. berdiri bulu roma aku.." Ketawa Izzat melihat telatah sahabatnya itu.
         "Haha, tak adalah. kadang-kadang tu tak semua cerita cinta ada happy ending ever after macam cerita Barbie Rapunzel kan?" Wan sengih sendiri mengenangkan diri sendiri yang bercerita tentang cerita anak patung yang menjadi kegemaran Husna dan Hannah masa berumur enam tahun.
         "Rapunzel tak Rapunzel. love story orang kafir mana boleh percaya ngok," Buku falsafah itu diletak di atas meja.
         "Hem,  iyalah. iyalah.." Wan angat tangan menyerah kalah.
         "Jadi kau bertunang dengan Amina Zulaikha?" soalan Izzat bila teringat ura-ura dengarnya mama Wan dah siap dengan jenteranya nak ke Johor pulak masuk meminang pilihan hati Najwan Irfan yang paling terbaru itu.
         "Jadilah kot. hehe" Wan angguk lemah dengan senyum di pinggir bibir.
         " Hem, okaylah dapat ustazah. Daripada aku ni, tak ada orang nak pun," Izzat gelak-gelak.
         "Aku harap sangat dengan adanya dia, semua ni boleh dibetulkan balik ," Wan berkata sambil menghela nafas panjang. seolah-olah mengeluh pun ada.
         "Bila rombongan mama kau nak ke sana?" tanya Izzat lagi. Kopi yang dah suam iu di bawa ke bibir.
         "Lagi tiga minggu, doakan lah. semoga jodoh aku dengan dia panjang," kata Wan dengan senyuman ikhlas. Benar, dia berharap sangat kali ini dia takkan tersilap pilih lagi. dan mungkin juga semakin hari dia semakin mengagumi ustazah muda itu bila Amina Zulaikha bercerita tentang anak-anak murid yang banyak kerenahnya. dan mungkin juga, Wan dah sayang bakal tunang dia itu. dia dah tanam dalam kepala, dia bakal tunang aku, jadi dialah harus aku sayang, bukan Insyirah Safiyyah lagi. Wahai hati, tolonglah memahami.
          "kau sayang dia Wan?" tanya Izzat spontan seperti dapat membaca apa yang tersirat di dalam kepala Izzat.
          "Ontahlah. Sayanglah jugak kut,,," Sengih Wan buat Izzat gelak.
          "Aku tahu kau boleh buat punya. Yakinlah mungkin dia yang terbaik untuk kau. Tahniah Wan, semoga kau berjaya.." ..dan semoga kau dan dia bahagia selamanya.Sambung Izzat di dalam hati.
          "Thanks Kawan, doakan aku" Wan senyum lagi. hari ni Amina Zulaikha ke luar daerah berkursus di Pahang selama tiga hari dua malam. dan awal-awal lagi, gadis itu dah bagitahu, tempat yang dia nak pergi itu bukan tempat yang senang dapat line phone. pedalaman katanya. Dan Wan rasa macam kosong aje hari ni. Mungkin sebab Wan rindu kut.
        
        
  

Titisan Embun 16

          "Angah, cubalah kenal dulu, mana tau ada jodoh.." Husna memujuk. Wan tergelak. bukan dia tak nak, tapi tak rasa macam nak cari calon isteri pun buat masa sekarang ni.
          "Na, Angah tak maulah.. muda lagi tau.." jawab Wan gelak-gelak. Husna di sebelah dah mencebik.
          "Angah kenal lah dulu, Una kenal akak ni. Dia budak baik aje. Tudung dia pun labuh, why not Ngah? cubalah, tak ada salahnya pun.." Husna pujuk lagi. Wan geleng kepala.
          "Sejak bila Una jadi ejen pencari jodoh ni Na? kelakar lah.." Wan gelak lagi. terasa macam Una buat lawak senario depannya.
          "Okay, Angah dengarlah dulu, Angah try dulu. kalau tak boleh tak apa. bukannya Una paksa pun Angah kahwin dengan dia.." Husna memujuk lagi. nak tak nak Wan ambil juga kertas kecil tertulis nombor telefon itu.
          "Betul ni, tak ada paksaan dari mana-mana pihakkan? okay then, Angah ambil.." Wan simpan kertas itu dalam poket seluar.
      
           **************************************************************
          "Okay tak Kak Zu tu ma?" tanya Husna. matanya menjeling Angah yang selamba menyuap puding ke dalam mulutnya.  
          "Okay, baik budaknya. cantik, sopan santun. Angah, mana kamu kenal dia?" soalan mama yang buat Wa tersedak-sedak. sehingga berair matanya.
          "Mama suka budak tu. Baik orangnya.." sambung mama lagi ketika Wan sedang teguk air kosong itu.
          "Kan mama kan? Una pun suka.." Una menambah pula.
          " Kenapa mama tanya? Mama berkenan ke?"
          Mama tersenyum mendengar soalan Angah. "Kalau mama berkenan pun kenapa?"
          "Kalau mama berkenan pergilah pinang.." lambat-lambat Wan menutur.
          Husna dah tersenyum sampai ke telinga. Mama ketawa suka.
          "Nak pinang untuk siapa? Husna ke hannah?" mama bertanya pada Wan lagi. Wan kerutkan dahi. Mama ingat, Amina Zulaikha tu lesbian ke apa?
          "Ramai sangat ke anak lelaki mama?" Wan bertanya lagi.
          "Jadi, untuk Wan lah ya ?"
          "Iyalah kot.." balas Wan acuh tak acuh.
        
               **************************************************************
           Wan tutup buku cerita Salahuddin Al-Ayubi itu.
           Bukan Wan kata Wan cintakan Amina Zulaikha itu. kalau setakat suka itu adalah. tapi dia redha. mana yang mama berkenan. Wan ikut kan aje. nanti dah kahwin nanti, sayanglah jadinya. Wan tawakkal pada Allah aje. Insya-Allah. Asal Wan ada redha mama, segalanya berjalan lancar.
            Wan ikut aje keputusan mama. Wan dah malas nak fikir-fikir lagi. tak mungkin dia masih cintakan Insyirah Safiyyah yang bakal jadi isteri Along sendiri. mungkin, kalau Syuhada masih hidup dan bernafas, Wan ambil dia aje buat isteri. mungkin juga. tapi dalam keadaan sekarang ni pilihan apa ynag Wan ada? dia perlukan seseorang untuk memadamkan segala jenis rasa yang pernah ada dalam hati untuk Insyirah Safiyyah. Dia tak nak cari padah. Biarlah Along bahagia.
             Tinggal tiga bulan, Along dan Insyirah Safiyyah akan diijabkabulkan. dan dalam tiga bulan ini juga, Najwan Irfan kuatkan diri dan semangat suapaya tabah melihat Along dan Insyirah Safiyyah bersanding nanti. Wan kena tabah jugak tak kira apa yang terjadi. Wan hanya mampu senyum tawar tanpa perisa aje bila mama bercerita tentang persiapan kenduri kahwin Along. Wan hanya mampu ketawa kecil bila mama usik, nak buat sanding empat, dalam hati bertanya sendiri, mama pernah ke tengok dua pengantin lelaki satu pengantin perempuan? tak pun dua pengantin perempuan satu pengantin lelaki pun tak pernah tau. Wan hela nafas sendiri.
              bersembang dengan Along pun sikit-sikit aje. dia lagi banyak habiskan masa bersendiri. Setiap kali tengok Along, Wan akan senyum tawar seorang diri. Bertuahnya Along, dapat bakal isteri macam Insyirah Safiyyah.
              Sumpah Wan benar-benar tak rela. tapi segalanya dah ditentukan sejak di Luh Mahfuz. Lalu Wan akur pada kehentak takdir yang tidak memungkin dia menjadi suami kepada Insyirah Safiyyah. Ya, sebab Insyirah Safiyyah itu jodohnya Along. Bukan Angah yang serba tak sempurna ini.
              Iya, akhirnya Wan lelapkan mata dengan satu azam yang kuat untuk melupakan Insyirah safiyyah.

             Mungkin benar, Insyirah Safiyyah itu tidak tercipta dari tulang rusuk Najwan Irfan... mngkin juga.....

Titisan Embun 15

           "Angah orang dah tag gamba Ngah! nanti tengok tau!" ceria berbunga aje suara Husna di Bangi itu. Masa tu Wan hanya mampu angguk sambil kata "Ya, nanti angah tengok. seronok betul korang ek? comel tak bakal kakak ipar?" Wan tanya. pura-pura tak tahu. haduii.
           "Comel, solehah Ngah. tapi sekali pandang macam muka angah pun ada. tapi angah versi perempuan lah. cuma dia pakai spec dan ada lesung pipit," Beria Husna menjawab. tak sedar hati angahnya yang terluka itu.
           "Angah tengah tengok gambar lah ni. tak ada rupa Angah pun" selamba Wan menutur. hati dia sendiri bergetar melihat Insyirah Safiyyah yang indah lip-lap dengan sepersalinan berwarna putih susu.
           "Angah ni okay ke tak sebenarnya ni..?"
           "Okaylah. kenapa tanya soalan macam tu pulak?" Wan masih belum menghidu apa-apa. ton suara buat-buat ceria dia pun masih sama. masih tak terdengar sebak atau sebagainya.
           "Angah, ni Una tengok dari hari tu lagi macam tak betul aje.."
           belum Husna habis cakap Wan dah menyampuk.
           "Mana tak gila. ingat duduk Banting macam duduk dekat Suria KLCC?"
           "Angah ni suka macam tu, orang tak habis cakap lagi dah cakap merepek-repek. cuba dengar Una cakap dulu, hesh Angah ni spoil lah.." Una merengus.
           "Okay, okay, angah diam. ha, cakap cepat" Wan gelak.
           " Hari tu masa orang lain sibuk nak ke kedah Angah nak ke Banting, orang sibuk nak tengok muka tunang Along, Angah buat tak hairan aje. Angah sibuk jugak nak ke Banting, konon , kerja banyak sangat. tak tahulah kenapa, tapi terus terang cakap, Una tak percaya langsung, macam Angah saja aje cari alasan nak lari dari kami. macam Kedah tu tengah ishtihar darurat aje Angah buat. seboleh-boleh tak nak pergi" Husna diam.
           "Eh, jangan fitnah. dosa besar tu. betullah Angah sibuk..." Wan masih berdalih.
           " Tak yah tipulah Ngah. lepas tu lepas tengok gambar Along bertunang pun macam orang tak ada perasaan, selalunya, Angah mesti like tau.." Husna tarik nafas lagi.
           "Laa, kena like ke? kenapa tak cakap awal-awal, okay angah like sekarang jugak!" tutur Wan sambil ketawa. jantung dah rasa nak pecah sebab Husna soal siasat macam angah dia ni edar dadah je.
           "Ngah, jangan buat lawak boleh tak? I'm serious" Husna dah berdecit geram dengan perangai Angah yang tak pernah serious.
           "Okay, jangan risau. Angah bukan pengedar dadah tau nak soal siasat macam tu. so, sekarang apa Una nak tau?" Wan berhenti ketawa. Dia kena terima hakikat, Najwa Hanan Husna dah besar. dah matang. dah faham perasaan orang besar macam aku.
           " Bila masa pulak Una kata angah jual dadah? hesh, angah ni kan. Una nak tau semua. dari A sampai Z" Husna membalas geram. sakit hati dengan Angah yang pura-pura bodoh,.
           "Kalau angah kata, Angah kenal tunang Along , Una percaya?"
           "What the?" jelas adik bpngsunya terkejut beruk.
           "fish.." Wan menyambung dalam hati. okay, comfirm Una takkan percaya punya. huh, buang masa aje.
           "Habis tu, Angah okay tak?" Husna bertanya setelah agak lama terdiam. mungkin masih belum dapat memahami jalan cerita yang bersimpang siur ni.
           "Metilah Angah okay. kalau tak dah lama Angah terjun KLCC tau?" Wan gelak lagi.
           "Angah ni, tak habis-habis gelak. tak ada perasaan betul, ngee. kalau Una, terjun laut dah Ngah. patutlah tak nak pergi Kedah," Lambat Husna membalas.
           "Hemm, Angah okay. jangan risau. gambar tu pun angah dah like" Wan bersuara datar.
           "Angah tak payah lah like kalau tak suka Ngah. kesian Angah"
           "Haha. tak apa. kalau Along happy, Angah pun happy. yang penting semua orang happy. tak apa. Angah ingat Allah lagi. jangan risau okey?" Wan bersuara tenang.
           "Okay, ngah, Una ada kelas kejap lagi. jaga diri tau ,Assalmualaikum" Husna dah menjeling jam tangan.
           "Una, jangan bagitau mama dengan ayah pasal ni tau. kita dua aje, Waalaikummussalam" Sempat Wan berpesan. takut bocor pada mama dan ayah di rumah. buat haru aje nanti.
           "Baik bos!" sebelum talian terputus.

            ****************************************************************
           Wan angkat kening bila ada yang datang ke pejabatnya,. wajah di angkat dari skrin laptop. "Along... buat apa kat sini?" lambat-lambat Wan bertanya. terkejut sangat dah ni.
           "Saja nak tengok Angah. dah lama tak tengok Angah.." Along menjawab dengan senyuman.
           "Eh, duduklah Long, Sorry meja ni bersepah. Angah tak ada secretaty tolong kemas kan meja macam Along" Sempat Wan mengusik abang kandungnya, Along tersenyum. hensem betula abang aku ni. Wan menggumam di dalam hati.
           "So, How' work? okay?" ramah along bertanya.
           " Kinda, tapi sekarang tengah sibuk sikit. eh, by the way. Angah minta maaf sangat sangat tak ikut rombongan ke Kedah hari tu. sibuk sangat long," Dalam sengih Wan berkata. nak tutup gelisah depan Along.
           "Eh tak apa. Along tak kisah. Along faham. Angah orang pandai. Orang pandai tak campurkan urusan peribadi dengan kerja dalam satu tempat?" entah kenapa, Wan rasa macam Along memperli aje,.
    
seperti biasa :))
ni saya nak cakap cket,
cuti dh nak abes. korang tak sedih?
sejujurnya saya sangat sedih,'
nanti siap nak update blog saya lagi?
nanti siapa nak tolong log in facebook sy lagi?
bersawanglah alamtnya.
lagi sebulan baru balik cni lagi.
sebulan tuuu?
lamanyee kan? hailaaa. sedih sedih, sedih :(

Sunday, December 26, 2010

Titisan Embun 14

            Wan tenung lama paperwork yang terbentang itu. sebelum, telefon bimbitnya berdendang sayang dengan lagu Ultraviolet itu. Wan mencapai telefon bimbit di depan cermin. "Helo Assalamualaikum?" Wan menjawab bosan. matanya masih memaku ke arah paperwork yang terbuka luas itu.
            "Waalaikummussalam. Angah, dekat mana?" Suara Hannah di hujung talian buat Wan segera mencari jam tangannya. baru pukul 2.30 petang. "Angah dekat Banting lah ni. takkan dekat genting Highland pulak.." Wan menjawab sambil tersenyum. dia duduk di atas kerusi. buat seketika dia lupakan tentang paperwork tadi.
            "Angah ni gomar tau. Orang tanya betul-betul. Angah jawab main-main" terdengar suara Hannah merengus. Wan di Banting ketawa.
            "Eleh, suka hati angahlah. So, how's Kedah? seronok?" Wan beralih topik. meski dia tahu topik itu akan buat hatinya koyak rabak.
            " Seronok tu memanglah seronok, tapi Angah tak ada, macam ada benda hilang aje. macam tak complete. boringlah Ngah"
            "Haha, ni mesti rindu Angah kan?" Wan dah gelak dulu. buat seketika, dia terlupa pasal masalah kerjanya yang bertimbun tadi.
            "Ceh, perasan aje lebih angah ni. Tak malu. Seronok Banting Ngah?" Hannah bertanya pula buat Wan senyum tawar. seronok apa bendanya.
            " Tak seronok macam korang pergi kedah lah. Angah kat sini, dengan paperwork lagi. dengan problem susah nak guna broadband lagi, Ana, angah ingatkan sekali lagi. Jangan gatal nak tukar course. Jurutera bukan kerja senang. Angah ni dah separuh gila dah ni tau" Wan senyum sambil tangannya bermain dengan pen parker di ketuk-ketuk di atas meja kopi itu.
            "Uish, habis angah ingat orang buat ekonomi seronok huha-huha ke? tiap-tiap hari hadap number. migrain tau?" Hannah di kedah rasa nak baling Angah masuk kolam aje.
            "Eleh, ekonomi, kalau Angah lah, sekali whipp aje dah degree tau," Wan sengih lagi. seronok menyakat adiknya.
            "Taulah angah pandai. kecoh pulak" Hannah mencebik.
            "Along tunang okay?" nak tak nak Wan tanya jugak. meski rasa macam nak hempas telefon bimbit ke lantai.
            "Tunda pulak..."
            "Haaaa? kenapa tunda?" suaranya berbunga terkejut dan gembira. yes! tunda..tunda..tunda..
            " tunda dua hari aje.." jawapan Hannah yang sangat menghampakan hati Wan. dalam hati dia berkira sendiri. kenapa tak tunda untuk selamanya aje? tapi cepat-cepat Wan tenangkan hati sendiri. Along kau tu. tak baik doakan yang tak elok tau.
            "Angah, jom lah datang sini.." Hannah memujuk lagi.
            "Angah tak bolehlah Na, siryes. angah dah cakap jangan jadi engineer macam angah. letih. penat. tak apalah Na. Angah kena letak ni. Kejap lagi meeting" cepat Wan cari alasan. malas nak mendengar lebih panjang lagi.
            "Hemm, iya lah. bai Ngah. jaga diri"
            " Okay, jaga diri jugak. Assalamualaikum"
            "Waalaikummussalam"
            seketika Wan termenung di situ. dulu, masa baru-baru tahu yang Along nak masuk meminang buah hati dia, memang dia sangat-sangat terkejut. terus gadis itu tak dihubungi lagi. dan Insyirah juga tak menghubungi dia. Wan tarik nafas. tak baik kacau bakal isteri orang.
            Walaupun pada zahirnya Wan nampak macam tak kisah aje. tapi sebenarnya Wan terluka jugak. sedih yang teramat sedih. jadi usahanya selama ini tak berbaloi lagi? cerita dia dan Insirah safiyyah dah tamat sampai sini aje. sekian terima kasih.
            setiap bulan berutus email dengan Insyirah walaupun gaya tulisan tak jiwang langsung macam tulis karangan berformat surat rasmi.tiba-tiba senyap sunyi. tiada lagi gadis itu. Wan kena terima hakikat. suatu hari nanti, Wan tetap akan kehilangan dia. ya, Along berhak. Along ada pangkat, Along ada duit. Along dah cukup syarat nak petik bunga di taman orang. sedangkan Wan? apa yang ada? kerja pun baru enam bulan.
            tanpa sedar air mata bertakung di kelopak mata. ada banyak sebab kenapa dia mengaku kalah tanpa ikhtiar apa-apa. Pertama, sebab yang nak pergi pinang dia tu, Along. Kedua, sebab mama ayah. Tak sampai hati nak bagi tau. Ketiga, Wan redha, mungkin Najwan Irfan tak layah bersanding dengan Insyirah Safiyyah.
            Tapi hati mana yang sanggup terima alasan logik macam tu? sebab tak ada jodoh? berbekalkan iman Wan yang tak kuat tu. Wan bawa diri ke Banting. hari tu, pun dia yang volunteer nak ke luar daerah. nampak sangat nak lari dari kenyataan yang Insyirah Safiyyah yang selama ni diimpikan menjadi suri rumah dia akan jadi tunang abang kandung sendiri.
            Wan genggam handsed itu kuat-kuat.  "Y Allah, kuatkan iman hamba mu ini Ya Allah!" Wan berdoa di dalam hati dengan sebak. berapa lama lgi Ya Allah aku mampu bertahan? mampu ke aku bertahan?

Titisan Embun 13

            Wan keluar dari kereta. surau depan rumah yang dia jarang pergi itu sekarang makin kerap dikunjungi. iyalah, sejak jadi orang bekerjaya dia selalu aje rasa lapang bila waktu maghrib dan isyak. Wan baru aje pulang dari kedai buku. maklumlah orang tengah masuk fasa kecewa patah hati ni, dia ke sana mencari ilmu buat ubat hati. di tangan ada sebiji tafsir, bukan kerana Wan dan Izzat tak ada tafsir di rumah. cuma, yang Wan beli masa di sekolah agama dulu tertinggal di rumah keluarga. hari tu balik pun memang tak toleh kiri kanan dah. yang ada dalam kepalanya, dia nak pergi jauh-jauh dari rumah besar itu. nak bawak hati yang duka lara ni.
             'Wan , semua perkara yang jadi itu ada hikmah. tanam dalam kepala otak kau tu' itu pesan Izzat masa dia bercerita dengan Izzat. "Allah tahu apa yang terbaik. kau kena percaya qada dan qadar. ingat Wan, kau tak boleh cintakan dia lebih dari kau cintakan Allah" kata Izat lagi sambil hidupkan putung rokok.          
            "Zat, aku rasanya dah seribu kali cakap. rokok haram. Kan ada fatwa, haram Zat!" walaupun tengah bersedih tapi sempat aje dia menyembur Izzat. " Kalau kau adik aku lah, confirm mama aku dah mengamuk kau tau?" Wan tambah lagi. Izzat hanya. diam. bukannya dia tak nak berhenti langsung. Nak, dia tahu rokok haram. tapi entahlah.. tengah cuba lah ni.
             "Wan, kalau aku tanya sikit kau marah tak?" Izzat cepat-cepat buang rokoknya ke tepi. tak mahu Wan mengamuk pula nanti. Budak Wan ni budak sivik, mana main rokok-rokok ni.
             "Uih, sejak bila nak bertanya pun sampai minta-minta izin nih? kau ingat aku kastam? tanya ajelahh" Wan ketawa sedikit sambil mug berisi horlicks itu diteguk buat kesekian kali.
             "Kau sekolah agama kan Wan? dah lah tu sekolah kau tu kira sekolah bagus. sekolah cemerlang gitu. aku tengok semua alumni sekolah kau stok pakai serban aje. kalau tak pakai serban pun, memang orang alim-alim lah. macam mana kau boleh jadi macam ni?" selamba Izzat bertanya buat Wan gelak lagi,
              Macam mana aku boleh jadi macam ni? Wan garu kepala sendiri....
              "Ngok aje. soalan mintak penyepak je kau ni kan?" Wan sengih lagi. dalam kepala mengatur ayat.
              "Adoiiyaaii, ini macha lah kan, aku dah tanya dah tadi kau marah tak, kalau dah macha tebar roti canai tu tetap macha roti canai jugak. balik bangla la weyh. bahasa melayu ibunda ikut skema jawapan SPM pun tak faham-faham jugak" Izzat baling bantal kecil itu ke muka Wan.
              "Tak makan saman betul kau ni kan. muka korea macam aku ni kau kata macha Bangla tebar roti canai? sah  nikotin pembunuh tu dah bunuh sel dalam mata kau. ngee" Wan ketawa. mengenakan Izzat pula.
              "Huh, buduss, nikotin lain ceritalah der, soalan aku kau tak jawab lagi. migrain aku duduk dengan kau ni" Izzat mendengus perlahan.
              "Baik, aku nak jawablah ni. Oleh kerana soalan kau tadi pun ikut style skema jawapan SPM kan.maka pun nak tiru kau lah. emm, Aku jadi macam ini kerana mungkin jiwa muda? mungkin juga. Tapi kalau tanya soalan sebegini rupa dekat budak sekolah aku batch aku, maka mereka semua sudah dapat meramalkan bagaimana aku di masa depan. kerana zaman sekolah dulu, aku selalu jugak turun naik bilik HEM, nama dia Ustaz Zaidi. sampai hari ni aku tak lupa misai dia. heh. kadang-kadang tu, sebab fly hostel, fly prep, fly kelas. nak dipendekkan cerita aku sangat jahat. kalau nak buat apa-apa ikut sedap kepala aku aje. but, that's life. enjoy. I enjoyed every single day where we use to be a student and a hostelite. tapi denda pun teruk jugak aku kena, cabut rumpur , bersihkan kolam yang memang lumut dia aje 3 inci kau tau. pehh, memang bau dia, kau clorox 3 hari 3 malam pun belum tentu hilang lagi. kena sebat tu benda biasa aje lah bagi aku. tapi aku nakal macam mana pun, aku tak tinggal solat aku. aku tak pernah lupa Allah. nak pergi buat kerja jahat pun Solat hajat dulu, mintak Allah lancarkan urusan. kalau aku fly waktu maghrib, bila masuk waktu isyak aku singgah aje mana-mana surau, solat dulu. kiranya kalau Allah tarik nyawa masa tengah panjat pagar sekolah pun, solat isyak aku dah buat. kuranglah sikit azab tu.Masa SPM , tiap-tiap malam aku bangun tahajjud bhai. aku pun sedar jugak, aku nih tak pandai, suka buat hal, fly sana fly sini, cikgu selalu marah aku, langgar peraturan tu hobi aku. belajar pun main-main."
               "Kalau kau cakap kau stok budak baik pakai serban pun memang aku tak percaya. dah sah-sah muka kau macam player sekolah kut," Izzat gelak.
               "Tu lah, teruk jugak aku kena. sampailah satu hari ni, aku pun dah tak ingat sebab apa, Ustaz Zaidi warning aku  jangan buat hal lagi. masa tu aku balik prep, tengok kawan aku tengah fly pun aku pandang macam tu aje. selalu nya , aku join. tapi lepas Ustaz Zaidi mengamuk sakan kat aku tu, aku tak berani lah. kalau kena lagi sekali, kena gantung sekolah satu, malu lagi satu cerita, pecah rekod lah. along aku tak pernah kena macam aku. itu pun lagi satu, dan yang paling utama sekali, sebab dia gertak nak panggil mak ayah aku. Itu jangan buat main, kalau sampai mak ayah kena panggil itu, memang mimpi ngeri" Wan sengih lagi teringat zaman persekolahannya dulu.
               "aku dah agak dah kau memang bukan baik.. haha" Izzat ketawa lagi.
               "Tapi pernah aje aku jadi imam dulu, itu pun sebab ikut jadual yang ditetapkan. kalau tak silap akulah, setiap 10 haribulan setiap bulan, maka suara aku je lah yang kau dengar baca surah kat surau sekolah aku tu dan masa tu memang aku tak boleh fly lah.." Wan teguk air horlicks yang sudak semakin sejuk tu.
               "Ohhh... patutlah kau ada basic agama"
               "Tak jugak Zat, kalau ada basic pun, perangai macam haram buat apa. aku pun sedar jugak hakikat itu. tapi sumpah aku pelik dengan budak perempuan sekolah aku, budak jahat macam aku ni pun ramai orang minat. diorang ni kan, carilah yang baik-baik, yang boleh tolong bimbing. ini tak , yang jahanam macam aku jugak diorang nak. buat aku pening kepala aje" Wan teguk air tu lagi.
                "Dah. Dah start lah tu, nak tunjuk riak tu. hoi, jangan takabbur, Allah marah!" tutur Izzat dalam ketawa.
                Wan senyum.
          
                     **********************************************************
               Wan masuk ke dalam surau yang berhawa dingin itu. Wan duduk bersila sambil membaca tafsir sementara menunggu waktu solat Zohor masuk. sesekali dia mengerling ke arah pakcik-pakcik yang sedang bersembang itu.
               Bila jemaah sudah masuk ke dalam saf, Wan tutup tafsir dan berjalan ke arah mereka.
               "Wan, jadi imam boleh?" soalan Pak Cik Seman jiran sebelah rumah buat Wan terkesima seketika.
               "Eh, tak apa pak cik, Wan jadi makmum aje.." Wan tolak dengan baik.
               "Eh, ada pulak macam tu, hari ni biarlah orang muda jadi imam," ujar Pak Cik Seman sebelum lelaki tua itu menolak Wan ke tempat imam dan dia kemali ke saf makmum.
               Wan telan liur. perlahan dia membaca niat,
               "Allahuakbar" Wan angkat takbir.
               Ya, solat zohor itu imamnya Najwan Irfan lelaki yang sedang patah hati itu. imamnya Najwan Irfan yang buah hatinya bakal jadi tunang abang sendiri, dan ya, imam solat zohor itu Najwan Irfan yang selalau turun naik bilik HEM di zaman sekolahnya itu.

Saturday, December 25, 2010

Titisan Embun 12

           hari minggu itu Wan rasa sesak! sibuk! segala benda yang di buat rasa serba tak kena. mungkin sebab Wan tidur lambat kot malam tadi. eh, tak dekat uni, tidur 2 pagi pun kira otak aku boleh je bertahan kalau ada kelas pukul 10 pagi, Wan garu kepala sendiri. makaroni dalam pinggan itu tak menaikkan selera langusng. kenapa hari ni dia rasa serba tak kena ya?
           hari ni, dia tak masuk pejabat, kerana perlu ke luar daerah atas urusan kerja. dekat Banting pulak tu. kereta Wan masih si kelisa kuning, selagi kelisa kuningnya tak uzur dan nyanyuk, Wan tetap akan setia pada yang itu, lainlah kalau duit dah bertambun nanti, Lamborghini aku beli. hehe. orang lain telan air liur aje lah.
            Esok Along BERTUNANG! tapi aku pulak jadi orang patah hati bawak diri ke Banting. mau tak patah hati. jangan kata setakat patah aje, hancur, hancus, lebur, asap, serpih, berderai, bercerai berai.. apa lagi? pendek kata semua adalah. gembira tu mestilah gembira sebab Along dah nak kahwin. so, lepas ni tak adalah mama asyik tanya aku dah ada calon ke belum. gembira sebab, iyalah orang tak pernah merasa ada kakak macam aku ni kan. tapi sedih sebab, .... sebab...
           Mama, Ayah, Along, Husna, Hannah, semua dah jenuh telefon aku. pujuk jangan lah pergi Banting ahad ni. takkan sebab kerja langsung keluarga letak nombor dua kut? tapi bukan sebab aku workaholic. aku bukan jenis kerja kuat membanting tulang empat kerat ni. tiap-tiap hari rasa macam nak ambil cuti sakit. gaji jalan. ngee,
          "Angah betul tak nak balik ke ngah Ahad ni? Tak nak ikut rombongan kita ke Kedah?" itu Mama yang bertanya.
          "Tak apa. Ma, angah sibuk. dah janji dengan bos tak eloklah cancel last minute" bagi aku itu jawapan paling selamat.
          "Angah boleh cakap elok-elok kan dengan bos. lagi pun lagi tiga minggu kan? bukannya last minute pun" itu Ayah pula yang memujuk.
          "Tak bolehlah yah. Angah betul-betul tak boleh. tak apa. mama dengan ayah pergi aje lah. Angah tak kisah. asalkan semua berjalan lancar. Angah okay. lagi pun bukan Angah pengantin lelakinya, kira kalau angah tak ada bukanlah satu masalah berat kan?" bila aku jawab macam tu, ayah pun dah tak tahu nak kata apa lagi untuk pujuk anak teruna dia yang sorang ni supaya ikut rombongan keluarga ke Kedah nak meminang pilihan hati Along. uhh, rasa macam limpa aku kena cincang lumat bila aku sebut ; PILIHAN HATI ALONG!
            "Angah tak syiok lah angah tak ada.. tak bestlah kalau macam tu. nanti boring.." Hannah berkata, waktu aku bersarapan sebelum berangkat pulang ke KL meninggalkan kediaman keluarga yang dirasakan macam mengejek dan menyesakkan nafas sendiri.
            "Alah, sebelum ni pun Angah ada, Ana selalu kata, Angah ni annoying. angah tak guna lah. Angah jahatlah. ala, kalau boring, bukak radio tu, seronoklah jadinya" Aku menjawab buat Hannah mencebik.
            "Angah, betul ke memang tak boleh postpone langsung Ngah? jomlah ikut pergi Kedah. tak maulah macam ni" Husna pula memujuk saat aku sedang panaskan enjin kereta.
            Aku geleng perlahan. kenapa semua orang seksa aku ni?
            "Tak bolehlah Na, Angah sibuk. tak apa. nanti ambil gambar banyak-banyak. lepas tu tag Angah. kira on lah tu. okay" Aku jawab lagi. hati ni dah berbulat tekad takkan menjejak Kedah Ahad ni. buat hancur hati buat apa?
            kira semua orang dah redha dengan kekersan hati ni, aku pun boleh lah bernafas sikit bila tiada dah yang mendesak suruh cancel outstation aku ke Banting tu. mungkin orang-orang di rumah dah sibuk buat persiapan nak ke Kedah. hantaran.. Ya, hantaran! hantaran untuk dia...
            seketika Wan mendongak kepala. dia melepaskan nafas berat. dalam. letih. pening kepala. tension. ya Allah, bala apa pula kali ini ya Allah? kenapa terlalu berat dugaan mu kali ini Ya Allah? kenapa aku diuji begini Ya Allah? kenapa mesti dia Ya Allah? kenapa mesti dia yang menawan hati along ku ya Allah? kenapa mesti Along ya Allah?
          

Friday, December 24, 2010

titisan Embun 11

            Wan senyum pada jemaah surau yang baru sampai. bagi cukup syarat aje. hari ini ada kenduri di rumahnya. Along yang sedang bersembang tak dikacau takut menganggu pula. "Wan, lama pak cik tak jumpa. dah besar dah. dah hensem" ujar Pak Cik Man sambil menepuk-nepuk bahu Wan.
            "Sem berapa dah Wan?" pak cik Man tanya lagi. dahi wan berkerut seketika. ini semua kerja kat ofis punya pasal, dah 24 jam duduk dalam aircond kat ofis itu kasi beku otak aku, "Err, kalau tak silap sayalah pakcik, next sem ni, Alhamdulillah dah sem lima dah," Wan sengih lagi kerana tak pasti riak wajah bagaimana harus dipamerkan. akhirnya Wan memilih untuk menampakkan barisan giginya itu sahaja.
             Betullah kan? lagi tinggal dua semester aje kena kerja keras sikit untuk dapatkan dekan dan nanti mama dengan ayah bangga aje pergi konvokesyen aku, ambil anugerah naib canselor. uuuuuuhhhhuuuuu.
            "Baguslah, Wan ni. Wan dah boleh kahwin dah ni?" pak cik Man mengusik lagi. rasa macam kerongkong melompat ke anak tekak bila pak cik Man buat lawak species membunuh gitu. "Haha, pak cik Man ni, beragaklah nak usik Wan. muda lagi pakcik. cari duit dulu" Wan gelak-gelak. mukanya dah mulai memerah. segan!
            "Ada pulak macam tu? Wan dah ada calon ke Wan?" tanya pak cik Man lagi. Wan ketawa. ketawa yang telinga dia sendiri ngilu dengar bunyi ketawa sendiri. err, mungkin ada sumbang di mana mana? Wan senyum lagi. aduii. get a lifelahh pak cik. muda lagi kut. cari duit dululah. nak bayar mas kahwin pakai apa? duit hantaran? pelamin? kenduri lagi? lepas tu kalau dah kahwin nak suap anak orang tu pakai apa pulak? baja organik yang mama lambak depan rumah tu ke?
             "Ontahlah haa, den ni tak do orang nak pak cik," Wan melawak. pak cik Man hanya ketawa kecil. wan sengih lagi. uhh, pipi dah terasa kebas senyum tak habis dari tadi. bila nak start yaasin ni ?. mulut dah lenguh dah senyum kat pak cik Man ni.
             "Orang hensem macam Wan takkan tak ada orang nak, Wan memilih kut?" sekali lagi Wan gelak. kepalanya di geleng-geleng perlahan. nak buat apa carik, kalau dah memang ada yang berkenan dalam hati?
             "Tak apalah pak cik, Wan tunggu bidadari dari syurga. hehehe. nanti Allah bagilah tu. haa, masa tu baru Wan kahwin, Wan jemput pak cik punya. jangan risau," Wan gelak. lagi. dia sendiri dah rasa janggal aje bila semua mata memandang dia aje dari tadi. mungkin bergelak ketawa berdekah-dekah dari tadi di majlis kenduri, errm, mungkin sebab Wan ada cili di celah gigi? ehh tak, tadi dah check dah kat cermin. tiba-tiba, Wan senyum lagi, artis terkenalkah aku? aduhh, Wan rasa nak tampar pipi sendiri. dah Wan, cukup! jangan senyum lagi! nanti semua orang tak baca Yaasin terpegun tengok muka kau aje. hehe.

                          ************************************************
               "Haru kau Zat, sejak bila minat kereta antik wehh?" Wan dah ketawa. Izzat hanya senyum malu. mini Cooper Izzat di belek-belek. "Ayah aku punya" selamba Izzat menjawab sambil bermain dengan gugusan kunci itu.
               "Mewarisi lah ni? ngee." Wan gelak lagi. Bukan senang dapat peluang macam ni. peluang menyakat Izzat. Izzat, izzat...
               "Jimat doh. tu kelisa tu kau ambil ahh" Izzat kata lagi. okay itu bunyi macam seronok aje. kening Wan terangkat. "Ulang. lagi sekali aje Izzat boleh tak? tadi tak clear" Wan sengih mengejek buat Izzat rasa macam nak hempuk aje kepala Wan dengan kereta minicooper lama ni. biar koma. buat sakit hati aje.
               "Takkanlah aku nak pakai dua kereta pulak. kau ambillah kelisa tu" nak tak nak Izzat ulang jugak.
              "haha. wuiiyooo, sanggup tu gadai kelisa kesayangan dekat aku. kira memang kau ni jenis anak mithali tahap aku tabik toing-toing lah kat kau" Wan ketawa lagi. kenapa hari ni ramai sangat buat lawak. dari tadi, gusinya tak kering-kering juga.
              "Kau jangan Wan, aku campak aje laptop kau tu kat dalam mangkuk jamban kang" Izzat dah mengugut. dia tahu Wan tak boleh hilang laptop kesayangannya itu. kalau itu tak ada, macam mana nak hubungi buah hati.
               "Haha, kalau kau berani. langkah mayat aku dulu. hahah" Wan ketawa lagi. tali ususnya terasa geli buat dia rasa nak ketawa sangat sangat. sumpah Zat. aku nampak muka badut aje kat muka kau sekarang ni. Izzat yang berbaju melayu di pandang lagi.
               "okay, okay. aku stop" Wan angkat tangan. Izzat senyum sinis. "kalau kau sakit jantung kat sini pun okay, Wan straight aku hantar pergi kubur," Izzat berkata.
               "Uihh, tuduhan berat tu, kau yang sedut rokok apahal lak aku kena sakit jantung?" kening Wan terangkat.

Titisan Embun 10

“Angah dengan Along ni nak keluar lagi? Mama tahu?” Hannah yang bersandar di muka pintu memerhati dua orang abangnya yang sedang mengikat tali kasut itu. “Orang nak pergi bersukan. Hannah apa tahu? Dok rumah aje” Along menyindir pedas. mencerlung mata Hannah. “Lagi bagus dari jadi kutu embun keluar merambu malam-malam buta ini, tau dek mama, tak boleh bayanglah” Hannah mencebik lagi.
          “Along perasan somethinglah, kenapa Hannah ni suka sangat mencebik ni? Along sepit dengan sepit baju baru tau,” Along ketawa melihat Hannah yang dah berdecit. “ Kalau Angah.. tu baja organic mama tu angah tabur kat dia..” Wan gelak lagi. Husna yang hanya memerhati diam. “Ni, apa pasal ni?” Wan memandang Husna yang monyok.
         “ Kalau Una dengan Kak Ana ikut tak boleh?” dengan wajah muram Husna bertanya. Serentak itu Wan ketawa kuat. “Orang tanya betul-betul. Ada ke patut angah gelak?” Husna mencubit bahu angahnya itu. Ketawa Wan makin kuat.
         “ Una, tengoklah angah sini. Tak comel tau, Una merajuk. Tak baik anak perempuan keluar malam. Anak lelaki tak apa. Kak Ana dengan Una tanggungjawab Along dengan angah. Nanti di akhirat, Allah tanya, kenapa kami tak jaga adik kami baik-baik, along dengan angah nak jawab apa? Tak kesiankan along dengan angah ya?”  Wan memegang kepala adik perempuannya itu. Sungguh, walaupun Wan tak pernah kata sayang, selain mama, inilah gadis-gadis yang bertakhta di hatinya. Yang sering menghibur hatinya tatkala dia letih pualang dari ofis. Inilah yang tolong dia ironkan baju dia, yang tolong lipatkan baju dia, yang tolong kemaskan bilik dia, yang tolong buat air untuk dia. Pendek kata, hidupnya tak lengkap tanpa mereka.
            “Una dengan Kak Ana tempatnya di rumah. Tak boleh keluar selalu-selalu. Memang tak ada salahnya kalau keluar dengan abang sendiri tapi Angah nak cakap satu aje. Wanita solehah itu hiasa dunia. Ibarat mutiara, jadi mutiara mana boleh bawak tayang kat orang, naNTI kotor pulak. Mutiara macam kamu berdua elok simpan di rumah, agar kemuliaannya terjaga. Angah tahu, Husna nak keluarkan? Esok angah cuti, kita keluar. Kalau nak keluar biar dengan angah atau along aje. Jangan lelaki lain pulak tau? Yang bukan mahram. Tak elok. Berdosa. Allah marah. Dah senyum, angah tak suka betul tengok muka macam cekodok kena lenyek dengan lori balak Una ni” Wan ketawa di sambut Hannah dan Along. Dalam masam Husna senyum juga.
               Siapalah nak derhaka kat abang sendiri. Ingat senang nak cari abang-abang macam ni? Along yang suka buat lawak, angah yang sentiasa mengingatkan, along yang tak pernah kedekut duit, angah yang selalu cakap kena beli apa yang patut aje. Along yang tampan,angah yang hensem. Dulu, masa Husna dekat sekolah dulu, bila keluarga Husna datang melawat, maka ramailah yang bertenggek di tepi tingkat asrama menjenguk curi-curi mengintai wajah tampan along dan angahnya. Huh, siapa tak bangga!


bersambung  ...

ulasan : sepanjang menulis ni, saya dengan lagu cinta bertasbih. ilham. ilham. hahah.
jangan lupa ikuti ceritanya ya, sambil baca, sambil perbaiki diri. saya pun tak sempurna. tapi kita boleh mencubakan? melalui cerita ni, harap semua orang boleh balajar ilmu agama yang tak seberap yang saya selitkan sambil membaca cerita itu. keh keh keh. sekarang, sy belum tidur kerana menunggu along bertuah saya yang keluar main futsal dan belum balik. dan kemungkinan dia tak bawa kunci *haissshh*


Titisan Embun 9

          “Aku rasa nak balik kerja kat sini je..” Along yang berkain pelikat di pandang. “Huh? Kau nak tinggal gaji kat yang aku kira memang kau hidup mewah lah. Kau jangan long, kerja sekarang susah nak dapat. Aku yang freshie ni pun belum tentu ada orang nak ambil” Wan duduk di sebelah Along. “Haa, kau ni Ngah nak kata bongok, tiap-tiap sem dekan. Freshie lah orang nak. Gaji murah. Nak nak yang memang first class result macam kau, sekejap aje kau menganggur” Along mencebik. Wan gelak.
           “Kau ingat cari kerja macam beli ikan kat pasar ke long? Aku kalau boleh tak nak lah kerja yang social ni. Dosa kut” wan mencapai handset di atas meja. “Haha, Wan. Aku tengok dah banyak berubah. Dah matang” Along pula tersengih. Wan gelak lagi. Ada ke patut along kata macam tu? Kejam. Kebudak-budakkan sangat ke aku selama ni? Dia garu kepala.
            “Long, mata air tak ada ke? Mama dah lama bunyi teringin nak main dengan budak kecik. Angah dah seram je tau. Ada patut Hannah dengan Husna kata angah kena kahwin. Along lah long kan. Along dah grad. Gaji besar. Cukup sifat lah senang cerita” Wan gelak lagi sementara Along hanya senyum kecil.
             “Ngah, nak kahwin pun kau ingat macam main masak-masak ke? Aku kalau nak kahwin nak carik yang macam Wahida yang isteri Akhill Hay tu. Solehah habis. Pakai purdah. Biar aku sorang je tengok muka dia. Orang lain bai bai je lah.” Along sengih. Wan diam memikir.
              “Tinggi angan-angan kau Long, kalau aku, aku nak yang tudung labuh, kalau tudung labuh biasa pon aku tak kisah. Aku nak yang baik. Aku suka tengok perempuan pakai cermin mata. Comel” Wan pula member criteria.
              Seketika dua-dua diam menala pandangan ke televisyen yang menyirakan perlawanan bolasepak. Hannah datang bersila. Remort di tepi Wan di capai. Sekelip mata, adegan kejar mengejar bola itu dah bertukar dengan wajah Aaron Aziz dan Raja Farah.
              Wan baling bantal kecil itu ke kepala Hannah. “Oi, mak cik, kau sesedap rasa aje kan? Angah nak tengok yang tadi tu lah.. hiii, budak degil!” Wan dah geram. Along hanya gelak. “Assalamualaikum Najwan Imran yang baru sampai petang tadi dan Najwan Irfan yang dah berabad bersemayam kat rumah. 24 jam bukan ESPN siapa tahan?” Hannah mencebik. Husna di sebelah dah angguk. “Betul tu kak. Marah angah! Dia ingat mama beli tv untuk dia pakai sorang gamaknya!” kata Husna yang buat Wan terkedu. Dia bangun perlahan-lahan.
              Dalam perjalanan ke biliknya, Wan dengar suara Husna mengejek. “Angah meraaajuuuukkk” tapi dia buat tak tau aje. Iya ke aku 24 jam duduk rumah bukak ESPN? Tipu, dah sah-sah 8 pagi sampai pukul 6 aku tercampak kat ofis tolong mama. Dia yang seronok berfuya-fuya kat rumah ni. Haru punye adik perempuan.
                Sementara dia menunggu laptopnya yang loading itu, dia sempat berfikir. Sudah hampir 2 tahun menganali Insyirah Safiyyah. Tapi hubungan mereka tetap begitu. Sekadar bertanya khabar dan benda-benda wajib aje. Tak pernah di suarakan rasa sukanya itu. Kerana dia hormat gadis itu. Kerana dia nak suarakan rasa suka di saat duit dah cukup masa nak pergi pinang Insyirah Safiyyah buat isteri. Kerana Wan percaya pada Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Insya-Allah.
                “Alhamdulillah. Semester ini saya dekan : ) Wan bagaimana? Dekan lagi ?”
               Mesej balasan Inyirah safiyyah yang buat Wan tersenyum seorang diri. Tahniah bidadari ku! Tahniah di atas kecemerlanganmu :)

Titisan Embun 8


            Sejak dari hari tahlil itu, Wan memang tak nak bukak cerita langsung tentang itu dengan Insyirah Safiyyah. Buat haru aje kalau Insyirah Safiyyah tahu perkara sebenar. Eiih? Kenapa pulak nak haru, aku tak salah pun. tapi seganlah.
            Wan meneliti sesuatu di skrin laptopnya sebelum tangan dia laju menekan keypad handset mendail nombor telefon seseorang. 7 saat, talian berangkat. “Hello, Assalamualaikum bang, Ni Irfan ni. Bang, nak tanya sikit untuk pamphlet program mahasiswasiswi tu abang nak Irfan photostate berapa? Tak adalah Irfan ingat nak photostate dalam 800 je kut. Lepas tu nak letak kat masjid esok masa orang solat jumaat. Yang dah pas dekat kawan suruh tolong edarkan pun adalah dalam dua tiga ratus” panjang lebar Wan menerangkan pada Abang  Afiq.
             “ Ohh, esok ya bang? Macam ni lah, Irfan try cakap dengan mama dulu, sebab takut tak ada orang pulak nak tolong mama dekat ofis itu. Hehe. Insya-Allah. Esok Irfan datang ofis kalau mama bagi. Okay lah. Bang, laju je kredit saya call abang, dahlah abang celcom” Sempat aje Wan mengusik.
            Tangannya kembali menari di atas papan kekunci itu. Cuti semester, tahun depan lagi dua semester dan hehe, ini yang nak membangga sikit ni. Grad sudah. Tak yah balik uni lagi dah. Hehe. Sekarang pun sedang bergiat aktif dengan Belia Islam. Buat kerja amal. Saham akhirat. Tak apa susah-susah di dunia.
             Dia kemas beg tepinya dan keluar dari bilik. Adik-adik perempuannya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. “ Ngah, nak pergi mana?” Husna bertanya. Melihat abangnya yang dah siap cantik-catik gaya nak keluar aje. “Angah ada program hari ni. Dekat sini aje programnya tu. Angah dah cakap kat mama semalam,” Wan meneguk air mineral sejuk yang baru di ambil peti sejuk itu.
              “Angah pergi dulu, oi, kunci pintu nih!” Wan dan menyarung stoking di muka pintu. Husna yang hanya menjengukkan kepalanya berkata lagi. “Ngah. Malam ni along balik tau. Kamu jangan lepak pulak kat mana-mana” Hannah yang berdiri di sebelah Husna memandang pula. “Dia gerak dari Kedah bila?” Wan bertanya sambil menyarung kasut.
               “Tak tahu lah pulak. Dia tak cakap,. Tapi katanya sampai dalam maghrib macam itulah” Hannah menjawab. “Ngah, nanti beli burger tau,” alahai Husna, makan aje kerjanya.
              “Nantilah kalau angah ingat lagipun, kamu ni tak jemu ke makan burger. Angah dah jemu pergi kedai tu. Balik-balik muka angah jugak” Wan dah hidupkan enjin motor. “Postpone lah lagi dua tiga minggu ke, kamu balik Perak pun lambat lagi kan? Relax lahh. Tu, tolong bukak pagar tu” Wan terus memecut keluar dari rumah. Meninggalkan adinda-adindanya di rumah.

                          ***********************************************                
              Wajah Kak Ain di pandang sekilas. “Macam mana ni Wan? Budak-budak ni nak Wan jugak ni? Wan boleh ke?” Kak Ain memandang Wan. Permintaan tinggi dari peserta program supaya Wan yang kendalikan sesi bercerita mereka hari ini. Wan gelak-gelak. Bukan tak mau.. “Boleh kak. Insya Allah” Wan senyum. Kak Ain angguk. “Alhamdulillah. Thanks Wan. Nanti bila-bila akak belanja roti canai” Kak Ain sengih.
           “Haha, Wan tuntut kak!” Wan mengusik sebelum kembali ke dalam dewan serba guna itu. Dia ambil microphone itu lalu mengetuk-ngetuk. Gimiklah konon. “Assalamualaikum. Okay, hari ni kita nak buat apa? Sementara tunggu Kak Ain dan kakak-kakak yang lain, kira markah keseluruhan?” Wan memandang wajah-wajah kanak-kanak bawah umur tu.
            “Nak dengar cerita, nak dengar cerita!” Wan ketawa mendengar suara mereka yang berbalam-balam itu. “Okay, kita dengar cerita ya..” seketika Wan diam memikir cerita yang nak dikongsi.
           “Dulu ada seorang pemuda. Dia ni berguru dengan seorang ulama. Maka mereka pun pergi mengembara. Sampai lah sampai satu tempat di mana mereka harus mendaki gunung. Lalu penuda tadi berasa sangat letih dan berkata tok gurunya, bahawa dia sangat letih dan belilah keldai agar perjalanan mereka mudah. Lalu tok guru itu pun membeli dua ekor keldai. Tok guru itu naik di atas seekor keldai. Saat, pemuda tadi nak naik ke atas keldainya, tok guru itu menegah. Katanya, pikul keldai itu. Lalu, dengan penuh susah payah dan keletihan pemuda itu memikul keldai itu sepanjang di lereng gunung itu. Ssat itu barulah, tok gurunya berkata : begitulah nafsu, kalau kita tungganginya, kita akan jalani hidup ini dengan tenang, selamat tetapi kalau kita biar dia yang menunngangi kita, hidup kita susah, tak tenang dan sentiasa terbeban. Adik-adik semua faham?” Wan senyum buat kesekian kalinya. Kiranya wajah gred B+ ni boleh buat semua orang terpegun lah kan? Hehe. Wan gelak  sendiri.
            “Okay ada apa-apa nak tanya?” Wan buka sesi soal jawab pula. Berebut-rebut mereka angkat tangan. Wan geleng kepala sambil ketawa kecil. “Satu-satulah. Okay yang baju warna biru tu,” Wan memandang kanak-kanak perempuan yang baru darjah 2 itu. “ Mia nak tanya, kenapa muka abang Wan macam muka orang korea? Macam yang kat tv tu? Cuma abang Wan tak putih macam orang korea lah” Petah kata-kata adik itu tadi buat Wan kelu seketika. Ek? Punyalah kulit aku warna sawo matang memang stok nusantara habislah dia kata ada ghoman orang korea? Kesian kau dik, kocik-kocik dah rabun warna. Terkeluar dah slang nogorinya.
            “Alamak, soalan kau dik, makan dalam. Dek abang pun tak tau. Tapi kalau dah adik kata macam itu, abang nak kata apa lagi. Kan? Terima kasih,” Wan senyum manis. Okay, sekarang dah ada yang nak back up aku kalau Izzat panggil aku abang tebar roti canai lagi. Hihi.
            Baik soalan lagi?” Wan beralih topic. Takut lama-lama berbincang tentang ke-korea-an wajahnya, dia takut, tak muat pula kerusi yang sedang di duduki sekarang.
            “Abang suka orang macam mana? Orang Korea jugak ke?” Tanya seorang lagi adik perempuan memakai tudung merah jambu. Nak tersedak Wan mendengar. Haha. Wan gelak. Soalan macam aku ni arits hot aje.
             “Abang nak yang macam ana muslim, tau? Tapi ana muslim yang tudung labuh lah. Hehe” wan sengih kerang busuk. Dia menangkap kelibat Kak Ain yang meminta dia berhenti. “Okaylah. Adik-adik. Abang Wan tarik diri dulu. Assalamualaikum. Kita teruskan dengan Kak Ain lepas ni:” Wan senyum sambil bangun dari duduknya.
                              ***********************************************
               “Long bila sampai? Sorrylah angah lambat balik hari ni. Ada program tadi” Wan menyalam abang sulungnya itu.
               “Pukul tujuh tadi. Along call handset angah voicemail kenapa?” Along menghirup lagi milo panas yang disediakan Husna tadi.
            “Battery low lah long, hehe” Wan sengih sengih. Terlajak lepak kedai mamak dengan abang Afiq bincang pasal program mahasiswasiswi. Ngee. Dan datang pula Kak Ain offer roti canai. Apa lagi. Sebat aje lah.      


penulis : hehe. assalamualaikum =) sorry lambat post new entry. carik ilham. bhaha. bajet! lagi satu jgn lupa doakan saya tau. bila ramai-ramai doa. insya-Allah makbulkan? so, marilah kita bersama-sama. lagipun, cuti dah tinggal lapan hari. dah makin pendek :( sedihhh. tau ? kui kui kui.
hehe. say hello to the 'ceruk'est rembau. haha. ohh. so sadd. 

waniyusof :)

Thursday, December 23, 2010

Titisan Embun 7

sambungan :)


Dari tadi matanya macam dah kena gam pada seraut wajah yang tenang mebaca yaasin di sudut ruang tamu itu. Wan diam seketika. Kenapa muka macam selalu tengok aje? Nak kata satu kampus, macam tak aje? Tiba-tiba dia teringat pada Insyirah Safiyyah. Ya, kalau 10 kali tengok pun memang macam dia. Dan mesejnya yang terakhir tadi pun, ada kemungkinan yang sangatlah besar kalau saudara Insyirah Safiyyah yang meninggal itu adalah Syuhada kawan satu UMnya itu. Ngee. Alahai takdir. Kenapa pertemukan kami di saat-saat begini? Dan bagaimana pula kalau dia juga tahu tentang kisah aku dan sepupunya itu?
            Walaupun Wan dah rasa tak sedap hati. Wan tetap teruskan bacaan yaasin yang tak focus langsung itu. Matanya sekjap-sekejap memandang gadis tudung bidang yang duduk di penjuru rumah itu.
           Selesai tahlil Wan, wan dan Izzat terus menyerbu makanan kerana akibat terlambat mereka berdua tak sempat makan sebelum ke sini tadi. Dalam hati Wan dah menyumpah, kalau Izzat tak hilang kunci tadi, tak adalah tengah baca Yaasin tadi perut aku buat konsert Hey Monday feat Tokyo. Buat haru aje.
           Sedang dia dan Izzat melahap macam orang tak pernah jumpa nasi. Gadis itu lalu lagi. Lagi dan lagi. Berulang alik dari dapur menghantar hidangan. Dan setiap kali gadis itu lalu lah matanya tak boleh berhenti memandang. Mengekori ke mana saja langkah kaki gadis solehah itu. Tapi dia, masih ragu-ragu. Err, betulkah itu Insyirah Safiyyah?
            Dan kesempatan yang sepaptunya di gunakan terlepas lagi apabila masa dia nak menegur gadis itu, ummi Syuhada datang menegur ramah. Dan lepas itu, Wan tak Nampak kelibat gadis itu lagi. Langsung! Dan dia pulang dengan tangan kosong tanpa sempat bertanya apakah gadis itu Insyirah Safiyyah ? ohh, terlupa. Dia dibekalkan mangkut tingkat yang penuh dengan lauk-pauk oleh ummi syuhada. Alahai, mulianya hati.
                               **********************************************             
              Pulang dari tahlil di Ampang barulah Wan dapat menatap setip bait tulisan gadis itu lagi. Ditimbang logic di akalnya. Akhirnya, dia menaip perlahan, bertanya.
             “Waalaikummussalam. Innalillahirojiun. Takziah di ucapkan. Kalau tak keberatan, di mana tahlilnya ya? Maaflah kalau awak sibuk. Assalamualaikum.”
             Wan mengetuk papan kekunci laptopnya perlahan. Kalau betul macam mana? Haiyooh. Pening kepala fikir. Dia terus memikir. Sekejap dahinya berkerut, sekajap, rahangnya jatuh, sekejap dia rasa berbunga aje, tapi sekejap dia rasa macam nak terjun KLCC aje lagi bagus.
             Sehinggalah dia terpandangkan skrin laptopnya yang memberitahu ada email baru. Macam orang tak menyabar Wan membuka. Rasa ingin tahu di dalam dirinya dah menebal nak dekat 3 inci.
             “Waalaikummussalam. Tahlilnya di buat di rumah di Ampang”
             Terkelu Wan saat membaca mesej dari Insyirah Safiyyah itu. Rahang jatuh, dahinya berkerut, tiada lagi rasa berbunga Cuma mungkin dia dah boleh start enjin kereta drive ke KLCC untuk terjun aje.

Titisan Embun 6

Bab enam
        Tanah perkuburan itu syahdu menyaksikan kembalinya seorang lagi hamba Allah kepada Penciptanya. Wan hanya memakai baju melayu. Sesekali dia melirik ummi Syuhada yang mengelap air mata. Tabah sungguh kau wahai ibu. Pandangannya beralih pula pada abang-abang Syuhada. Cuma ada seorang abangnya yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada jauh nun di Mesir. Sebentar tadi barulah Wan berkesempatan nak bertanya nama abang-abang kepada Syuhada. Yang banyak bercakap dengan Wan itu namanya Taufiq. Yang seorang lagi namanya, Hafiz, yang sulung namanya Ilham, dan yang atas kepada Syuhada yang di Mesir itu namanya Izhar. Sugul masing-masing mendengar talkin di baca buat adik perempuan mereka. Sedangkan Wan yang pernah difitnah ni pun sebak, inikan pula abang-abang darah daging sendiri.
          Selesai segalanya, Wan dah mula melangkah meninggalkan tanah pengebumian itu. Dia terkejut tatkala ada yang memaut tangannya. “Eh, bang. Terkejut saya..” Wan hanya senyum tawar. Taufiq turut tersenyum. “ Ummi abang nak jumpa Wan. Sekejap aje Wan. Boleh ya?” Wan tak mampu menolak. Hanya angguk lemah. Aduhai ibu, masih mahu melihat wajah yang dah menghancur lumat hati anak mak cik sehingga membawa ke mati?
          “Wan, mak cik nak ucap terima kasih. Terima kasih banyak sebab tak simpan dendam. Terima kasih kerana memudahkan urusan anak perempuan mak cik itu. Kalau Wan tak kisah, sudi Wan hadir tahlilnya malam nanti?” permintaan ibu yang baru kehilangan anak perempuan ini terlalu berat untuk di tolak. Meski sepautunya malam ni, dia dan Izzat ada hal di Kajang. Tapi tak apalah, sekali sekala menceriakan hati ibu tua ni pun seronok juga. Dia memberi senyum walau dia tahu, senyum dia itu tak akan menceriakan hari ibu itu.
             
                         ***************************************************

             Sempat dia membuka e-mail sebelum pergi ke rumah keluarga Syuhada di Ampang untuk tahlil. Dia terkejut tatkala menerima e-mail terakhir dari Insyirah Safiyyah.
                        “Wan, maaf tak berkesempatan nak membalas e-mail Wan hari ni. Ada hal mustahak. Innalillahhirojiun. Ada saudara saya yang dah pergi tinggalkan dunia. Saya harus hadiri tahlilnya. Apa-apa pun, maaf. Assalamualaikum”
               Kebetulankah ini?
            Dia terpaksa meninggalkan laptop di dalam biliknya dengan hati yang berat bila Izzat dan mengetuk pintu bilik seperti ketuk kompang rumah orang kahwin aje. “Dah lambat nih. Tahlil lepas maghrib kan? Kita maghrib kat sanalah.” Sempat Izzat membebel dalam masing-masing kalut mencari kunci rumah yang entah mana tercampak saat Izzat melemparnya ke atas sofa tadi. “Kau ni, kotak mancis betullah Zat, yang kau pakai lempar-lempar tu pahal?kan dah hilang. Ni dah jadi satu kerja pulak aku nak mencari ni...” Wan merungut.
            “Wan, kau teringin tak kalau aku turunkan kau sampai bus stop aje lepas tu kau pandai-pandailah naik bas pergi Ampang? Teringin? Kalau rasa tak sanggup. Better shut up and find the key lah machaa” Izzat membalas. Wan mencebik. “Aku bayar jugak seratus setengah setiap bulan untuk kelisa kuning kau tu okeh?” Wan tak nak mengalah.
           “Buat habis current aje carik kunci dekat celah-celah sofa ni. Tu yang dekat meja makan tu apa budak rabun? Kau ni, tu lahh merokok kuat sangat. Dah sah-sah ada fatwa kata hukum isap rokok tu haram. Bawak-bawaklah taubat Izzat oi.  Orang lain hisap rokok effect jantung, kau effect mata” Wan membebel sambil tangannya menayangkan segugus kunci itu dihadapan mata Izzat. Izzat hanya mampu tersengih.
            “Bila masa nikotin jejaskan penglihatan haaa macha tebar roti canai?” dalam gelak Izzat menutur. “Kau apa tahu. Dulu, aku science stream tau. Takat budak engineering macam kau ni yang dalam exam pun pakai pembaris dengan geometri set buat lukisan kejuruteraan mana tahu” Sempat aje Wan menjawab. Izzat hanya geleng kepala. Dia tahu Wan cakap benda betul rokok haram tapi nak berhenti tu macam susah bunyinya. Macam? Tapi tak pernah nak mencuba. Dia geleng lagi. Mengunci pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perut kereta. Kalau kena rompak. Naya aje.

                            **************************************************
             Dari tadi matanya macam dah kena gam pada seraut wajah yang tenang mebaca yaasin di sudut ruang tamu itu. Wan diam seketika. Kenapa muka macam selalu tengok aje? Nak kata satu kampus, macam tak aje? Tiba-tiba dia teringat pada Insyirah Safiyyah. Ya, kalau 10 kali tengok pun memang macam dia. Dan mesejnya yang terakhir tadi pun, ada kemungkinan yang sangatlah besar kalau saudara Insyirah Safiyyah yang meninggal itu adalah Syuhada kawan satu UMnya itu. Ngee. Alahai takdir. Kenapa pertemukan kami di saat-saat begini? Dan bagaimana pula kalau dia juga tahu tentang kisah aku dan sepupunya itu?

bersambung....


penulis : saya sangat sukakan merah jambu sekarang! haha. whateverlah kan. hemm. saya sendiri mengambil masa yang sgt lama untuk mengadun cerita ini. iyalah kan, bila melibatkan islam. jangan sampai hukumnya salah. nanti org lain bace, kite berdosa. maklum juga, saya bukan lahh jenis yang alim sangat cuma kadang-kadang saya rasa macam budak sekarang cuba menidakkan sesuatu yang mereka tahu benda itu kebenaram. huh! *habis budak zaman bilakah saya?* haha. saya berkata begitu kerana pengalaman. pengalaman mematangkan. dan saya sendiri macam tu. dah tau dosa, lagi rasa nak buat. itu syaiton. menyesatkan itu hobinya. hehe. btw, terima kasih kerana sudi membaca juag? :) 

assalamualikum

waniyusof =)