Tuesday, December 28, 2010

Titisan Embun 19

         "Ngah, dah jemput Kak Zue ke belum?" Hannah bertanya dengan telefon di tangan. Spontan Wan tepuk dahi sendiri. "Allah mak, Angah lupalah Na, Ana telefonkan boleh? Angah nak pergi pasar dengan Along kejap . Nak pergi beli ayam," Wan sarung t-shirt itu ke badan.
         "Angah ni memanglah, kalau orang tak tanya tadi, alamat lupalah nak jemput buah hati sendiri" Hannah mencebik mengenangkan Angahnya yang memang kurang ambil berat tentang Kak Zue.
         "Alah, betul Angah lupa. Angah sibuk sikit sekarang ni, tak apa Ana call dia cakap Angah ajak tau? jangan cakap Angah lupa pulak, nanti dia kecik hati.." sempat Wan berpesan sebelum dia bergegas ke luar rumah mendapatkan Along yang dah menunggu di dalam kereta.
         "Nah ni resit mama kata, mama dah bayar separuh minggu lepas," Wan menghulurkan resit itu kepada Along sebaik sahaja dia memasuki kereta Along.
         "Ngah, kuat betul perfume kau ni? tersumbat hidung aku tau, kita nak pergi pasar beli ayam tau bukan nak pergi Pavillion" Along kibas-kibas hidungnya. Wan tarik kolar baju t-shirt polo yang tersarung di badan dengan dahi yang berlapis-lapis berkerut. " Apa yang wanginya? aku rasa biasa aje?" Wan memandang Along dengah dahi berkerut.
         "Kau ni sembur minyak wangi ke mandi dengan perfume tu?" Along membebel sambil memulas stereng. Wan pula sibuk dengan Blackberrynya. Dia berhati-hati membalas mesej Amina Zulaikha agar tak terkantoi yang dia terlupa nak menjemput gadis itu.
         "Long, tu kedai yang tu kut.." Wan tunding jari ke arah kedai yang menjual ayam itu. Along angguk perlahan.
         Telefon bimbit Along tiba-tiba memekak buat Wan rasa macam di konsert My Chemical Romance. Kau ni Long, tak padan dengan tunang orang, lagu tu tak nak bingit lagi aje. "Alamak, bapak mentua aku lah Ngah, nah kau ambil resit ni, kau pergi beli, aku nak angkat call kejap," Wan sambut dengan sengih. "Bakal tu kau jangan pakai buang suka-suka hati aje. Belum akad nikah lagi..." Sempat Wan mengusik sebelum berlalu ke arah kedai ayam itu. Mengusik? sebenarnya Wan memang memaksudkan itu. Belum kahwin Long, belum hak milik mutlak kau lagi tu.
         "Err Assalamualaikum bang saya datang ni nak ambil ayam yang mak saya dah tempah minggu lepas. ini resitnya" Wan hulur dengan tangan kanan juga dan senyum yang sedia terukir di bibir. dia memandang seketika ke arah Along yang sedang ketawa besar itu.
         " Ohh, kejap ya encik?" balas lelaki itu sebelum memanggil seorang pekerjanya.
         "Kenduri ya encik?" Ramah penjual itu bertanya. Ramah juga Wan menjawab
         "Kenduri pakcik, macam mana meniaga pak cik, okay?" Wan bertanya ramah sementara menunggu pekerja pak cik yang menjual ayam ini menghantar ke kereta. kalau mengikut faktor usia, mungkin sebaya ayah dia.
         "Bolehlah encik, cukup-cukup makan aje.." Jawab pak cik itu tersenyum lagi. Along datang menepuk bahu. "Dah Ngah?" wan toleh ke arah Along lalu angguk.
         "Terima kasih encik," ucap pak cik itu saat Wan dan Along dah siap membayar duit. "Sama-sama pak cik. Semoga murah rezeki ya pak cik" Wan menyambut kata-kata pakcik itu dengan doa.
         Pak cik itu ketawa kecil. "Semoga Allah rahmati kamu. Insya-Allah" pak cik itu hanya membalas perlahan memandangkan Wan yang dah menoleh ke tempat lain. Mulia sungguh hati anak ini, masih mahu beramah tamah dengan aku yang hanya kerja sebagai tukang jual ayam. dari gayanya, pasti dia seorang yang berkerjaya dan dari keluarga yang berada tapi tidak kekok berbicara dengan aku yang memang tidak sekufu dengannya. Ya, hatinya mulia. Semoga Allah makbulkan setiap doanya.
         Dalam kereta, Along yang sedang memanaskan enjin bersuara, "Tadi ayah tunang aku telefon, mungkin dia orang sampai dalam lepas maghrib " Wan hanya angguk kecil, "Ohh, Seronoknya kau Long.." Wan ketawa hambar.
          "Habis kau tak seronok, Zue pun datang kan malam nanti?" Along bertanya lagi buat Wan hanya senyum kecil ke arah Along sebelum melempar padangan ke pada jalan raya.
          Amina Zulaikha dengan Insyirah Safiyyah mana sama Long, diorang takkan sama Long. kenapa ya semua mesti jadi macam ni, kenapa semua jadi macam ni? Ya Allah, aku pohon, andai punya kesempatan , perbetulkan semua ni ya Allah. Leraikan kekusutan hambamu ini Ya Allah.

                   ******************************************************      
      

No comments:

Post a Comment