Monday, January 31, 2011

Titisan Embun 23

         "Apa pendapat Angah pasal tunang Along?" soalan mama yang buat Najwan Irfan tersedak-sedak. sarapan paginya yang diarasakan enak menuruni kerongkong bertukar menjadi pasir yang dikunyah.
         Ek? "Apa Angah pulak? lainlah kalau Angah yang nak kahwin dengan dia,, " Sandwich yang dah hampir separuh di makan di letakkan di atas pinggan. tak adad selara.
         "Alah Angah ni. apa orang kata first impression gitu.." Mama sudah tersenyum-senyum.
         "Entah okay aje kot. biasa jek.." Balas Wan ringkas. mlas nak berpanjang-panjangan.
         "Angah ni, mama tengok dari semalam lagi macam ada something wrong somewhere" suara mama yang buat berhenti mengunyah.
         "Iya ke ma? perasaan mama aje ni.." Wan senyum plastik. hushh, kalau kantoi memang kes naya aje.
         "Betul ke ni Ngah? ke Angah ada sorokkan apa-apa dari mama ni?"
         Wan teguk liur. alamak, macam mana ni?
         "Ma, Wan pergi jogging dulu. Assalamualaikum" kelam kabut dia menghabiskan teh panas di dalam cawannya. tangan dan pipi mama di cium.
         "I love you ma.." ujar Wan sambil melambaikan tangannya,

         selamat keluar dari ruang makan itu, Wan urut dada sendiri. Haishh, kacau betul.. sikit aje lagi tadi nak kantoi terburai segala rahsia aku.

                         ***********************************************

        

Titisan Embun 22

          "Zue dah makan?" suara yang sudah sekian lama tidak di dengari itu menyapa telinga buat kesekian kalinya. Dan suara yang sudah terlalu lama tak bertanya : Zue dah makan ke belum?. Amina Zulaikha toleh belakang. Hatinya terasa berbelah bahagi. " Erm, tengah ambil lah ni," nak tak nak dia menjawab. "Tunang mana?" perlahan Zue bertanya. Imran ketawa kecil, "ada dekat dalam,"
           "Tak terlintas dalam kepala saya yang rupa-rupanya Zue yang adik saya dok sebut-sebut ni awak" Imran ketawa kecil. Zue hanya diam seribu bahasa.
           "Tunang awak cantik.."
           "Teman lelaki awak handsome"
           Amina Zulaikha tarik nafas dalam-dalam. "What's wrong with you? cerita saya dan cerita awak tak sama cuma suatu masa dulu takdir kita pernah jalan beriring bersama. tapi ianya hanyalah satu kesilapan. sebab masa tu saya bodoh. mengaharap pada yang tak mampu," Imran terkedu saat mendengar kata-kata Amina Zulaikha.
           "Awak yang tak berani nak berjuang dengan saya" raut wajah yang tersenyum tadi dah bertukar tegang.
           "Hanya lelaki pengecut aje yang akan lari tanpa khabar berita. Saya anggap awak macam lelaki yang tak mampu mempertahankan pendirian sendiri. dan saya berharap sangat adik awak tak macam awak.." Amina Zulaikha meninggalkan Imran terkebil-kebil di situ.
           Amina Zulaikha dah duduk untuk mennikmati juadah yang di sediakan walau dia tahu seleranya dah hilang ke mana. kegembiraannya saat terpandang wajah Najwan Irfan dan terbang meninggalkan dirinya bila menatap senyuman Najwan Imran.
          terkejut saat ada tangan kasar yang meletakkan air di sebelah pinggannya. " Well, BAKALadik ipar yang sangat saya CINTAI, jangan rasa diri awak tu betul sangat sebab awak tak tau perkara sebanar yang berlaku antara saya dan abang angkat kesayangan awak tu, emm, btw, welcome to my family.. upp,, sooner its gonna be yours too. have a nice day" suara Imran yang jelas terkandung rasa tak puas hati itu menyentap ketenangan yang telah Amina Zulaikha kumpul selama bertahun-tahun.
        
Tiba-tiba dia teringat kata-kata Mia 5 tahun lalu,
         " Kau benci dia?" Mia yang bersila di pandang dengan air mata berbalam-balam.
         "Aku tak benci dia. Aku tak kisah kalau dia tak grad pun. Aku tak kisah pun kalau betul dia tak ada kerja. Tak ada pangkat. sebab aku bukannya nak duit dia, aku bukannya nak pangkat dia, aku nak dia. aku dia. itu aje" dengan esak tangis yang tak berkesudahan.
        
          Dan sekarang bila lelaki itu dah ada depan mata..
          sekarang dah terlambat... dia dah bertunang,
          sekarang dah terlambat.... aku berkasih dengan diknya sendiri..
          sekarang dah terlambat kerana masa takkan dapat diputar lagi.
          kerana kenangan semalam telah lama  aku campak dekat laut merah.