Friday, December 24, 2010

titisan Embun 11

            Wan senyum pada jemaah surau yang baru sampai. bagi cukup syarat aje. hari ini ada kenduri di rumahnya. Along yang sedang bersembang tak dikacau takut menganggu pula. "Wan, lama pak cik tak jumpa. dah besar dah. dah hensem" ujar Pak Cik Man sambil menepuk-nepuk bahu Wan.
            "Sem berapa dah Wan?" pak cik Man tanya lagi. dahi wan berkerut seketika. ini semua kerja kat ofis punya pasal, dah 24 jam duduk dalam aircond kat ofis itu kasi beku otak aku, "Err, kalau tak silap sayalah pakcik, next sem ni, Alhamdulillah dah sem lima dah," Wan sengih lagi kerana tak pasti riak wajah bagaimana harus dipamerkan. akhirnya Wan memilih untuk menampakkan barisan giginya itu sahaja.
             Betullah kan? lagi tinggal dua semester aje kena kerja keras sikit untuk dapatkan dekan dan nanti mama dengan ayah bangga aje pergi konvokesyen aku, ambil anugerah naib canselor. uuuuuuhhhhuuuuu.
            "Baguslah, Wan ni. Wan dah boleh kahwin dah ni?" pak cik Man mengusik lagi. rasa macam kerongkong melompat ke anak tekak bila pak cik Man buat lawak species membunuh gitu. "Haha, pak cik Man ni, beragaklah nak usik Wan. muda lagi pakcik. cari duit dulu" Wan gelak-gelak. mukanya dah mulai memerah. segan!
            "Ada pulak macam tu? Wan dah ada calon ke Wan?" tanya pak cik Man lagi. Wan ketawa. ketawa yang telinga dia sendiri ngilu dengar bunyi ketawa sendiri. err, mungkin ada sumbang di mana mana? Wan senyum lagi. aduii. get a lifelahh pak cik. muda lagi kut. cari duit dululah. nak bayar mas kahwin pakai apa? duit hantaran? pelamin? kenduri lagi? lepas tu kalau dah kahwin nak suap anak orang tu pakai apa pulak? baja organik yang mama lambak depan rumah tu ke?
             "Ontahlah haa, den ni tak do orang nak pak cik," Wan melawak. pak cik Man hanya ketawa kecil. wan sengih lagi. uhh, pipi dah terasa kebas senyum tak habis dari tadi. bila nak start yaasin ni ?. mulut dah lenguh dah senyum kat pak cik Man ni.
             "Orang hensem macam Wan takkan tak ada orang nak, Wan memilih kut?" sekali lagi Wan gelak. kepalanya di geleng-geleng perlahan. nak buat apa carik, kalau dah memang ada yang berkenan dalam hati?
             "Tak apalah pak cik, Wan tunggu bidadari dari syurga. hehehe. nanti Allah bagilah tu. haa, masa tu baru Wan kahwin, Wan jemput pak cik punya. jangan risau," Wan gelak. lagi. dia sendiri dah rasa janggal aje bila semua mata memandang dia aje dari tadi. mungkin bergelak ketawa berdekah-dekah dari tadi di majlis kenduri, errm, mungkin sebab Wan ada cili di celah gigi? ehh tak, tadi dah check dah kat cermin. tiba-tiba, Wan senyum lagi, artis terkenalkah aku? aduhh, Wan rasa nak tampar pipi sendiri. dah Wan, cukup! jangan senyum lagi! nanti semua orang tak baca Yaasin terpegun tengok muka kau aje. hehe.

                          ************************************************
               "Haru kau Zat, sejak bila minat kereta antik wehh?" Wan dah ketawa. Izzat hanya senyum malu. mini Cooper Izzat di belek-belek. "Ayah aku punya" selamba Izzat menjawab sambil bermain dengan gugusan kunci itu.
               "Mewarisi lah ni? ngee." Wan gelak lagi. Bukan senang dapat peluang macam ni. peluang menyakat Izzat. Izzat, izzat...
               "Jimat doh. tu kelisa tu kau ambil ahh" Izzat kata lagi. okay itu bunyi macam seronok aje. kening Wan terangkat. "Ulang. lagi sekali aje Izzat boleh tak? tadi tak clear" Wan sengih mengejek buat Izzat rasa macam nak hempuk aje kepala Wan dengan kereta minicooper lama ni. biar koma. buat sakit hati aje.
               "Takkanlah aku nak pakai dua kereta pulak. kau ambillah kelisa tu" nak tak nak Izzat ulang jugak.
              "haha. wuiiyooo, sanggup tu gadai kelisa kesayangan dekat aku. kira memang kau ni jenis anak mithali tahap aku tabik toing-toing lah kat kau" Wan ketawa lagi. kenapa hari ni ramai sangat buat lawak. dari tadi, gusinya tak kering-kering juga.
              "Kau jangan Wan, aku campak aje laptop kau tu kat dalam mangkuk jamban kang" Izzat dah mengugut. dia tahu Wan tak boleh hilang laptop kesayangannya itu. kalau itu tak ada, macam mana nak hubungi buah hati.
               "Haha, kalau kau berani. langkah mayat aku dulu. hahah" Wan ketawa lagi. tali ususnya terasa geli buat dia rasa nak ketawa sangat sangat. sumpah Zat. aku nampak muka badut aje kat muka kau sekarang ni. Izzat yang berbaju melayu di pandang lagi.
               "okay, okay. aku stop" Wan angkat tangan. Izzat senyum sinis. "kalau kau sakit jantung kat sini pun okay, Wan straight aku hantar pergi kubur," Izzat berkata.
               "Uihh, tuduhan berat tu, kau yang sedut rokok apahal lak aku kena sakit jantung?" kening Wan terangkat.

Titisan Embun 10

“Angah dengan Along ni nak keluar lagi? Mama tahu?” Hannah yang bersandar di muka pintu memerhati dua orang abangnya yang sedang mengikat tali kasut itu. “Orang nak pergi bersukan. Hannah apa tahu? Dok rumah aje” Along menyindir pedas. mencerlung mata Hannah. “Lagi bagus dari jadi kutu embun keluar merambu malam-malam buta ini, tau dek mama, tak boleh bayanglah” Hannah mencebik lagi.
          “Along perasan somethinglah, kenapa Hannah ni suka sangat mencebik ni? Along sepit dengan sepit baju baru tau,” Along ketawa melihat Hannah yang dah berdecit. “ Kalau Angah.. tu baja organic mama tu angah tabur kat dia..” Wan gelak lagi. Husna yang hanya memerhati diam. “Ni, apa pasal ni?” Wan memandang Husna yang monyok.
         “ Kalau Una dengan Kak Ana ikut tak boleh?” dengan wajah muram Husna bertanya. Serentak itu Wan ketawa kuat. “Orang tanya betul-betul. Ada ke patut angah gelak?” Husna mencubit bahu angahnya itu. Ketawa Wan makin kuat.
         “ Una, tengoklah angah sini. Tak comel tau, Una merajuk. Tak baik anak perempuan keluar malam. Anak lelaki tak apa. Kak Ana dengan Una tanggungjawab Along dengan angah. Nanti di akhirat, Allah tanya, kenapa kami tak jaga adik kami baik-baik, along dengan angah nak jawab apa? Tak kesiankan along dengan angah ya?”  Wan memegang kepala adik perempuannya itu. Sungguh, walaupun Wan tak pernah kata sayang, selain mama, inilah gadis-gadis yang bertakhta di hatinya. Yang sering menghibur hatinya tatkala dia letih pualang dari ofis. Inilah yang tolong dia ironkan baju dia, yang tolong lipatkan baju dia, yang tolong kemaskan bilik dia, yang tolong buat air untuk dia. Pendek kata, hidupnya tak lengkap tanpa mereka.
            “Una dengan Kak Ana tempatnya di rumah. Tak boleh keluar selalu-selalu. Memang tak ada salahnya kalau keluar dengan abang sendiri tapi Angah nak cakap satu aje. Wanita solehah itu hiasa dunia. Ibarat mutiara, jadi mutiara mana boleh bawak tayang kat orang, naNTI kotor pulak. Mutiara macam kamu berdua elok simpan di rumah, agar kemuliaannya terjaga. Angah tahu, Husna nak keluarkan? Esok angah cuti, kita keluar. Kalau nak keluar biar dengan angah atau along aje. Jangan lelaki lain pulak tau? Yang bukan mahram. Tak elok. Berdosa. Allah marah. Dah senyum, angah tak suka betul tengok muka macam cekodok kena lenyek dengan lori balak Una ni” Wan ketawa di sambut Hannah dan Along. Dalam masam Husna senyum juga.
               Siapalah nak derhaka kat abang sendiri. Ingat senang nak cari abang-abang macam ni? Along yang suka buat lawak, angah yang sentiasa mengingatkan, along yang tak pernah kedekut duit, angah yang selalu cakap kena beli apa yang patut aje. Along yang tampan,angah yang hensem. Dulu, masa Husna dekat sekolah dulu, bila keluarga Husna datang melawat, maka ramailah yang bertenggek di tepi tingkat asrama menjenguk curi-curi mengintai wajah tampan along dan angahnya. Huh, siapa tak bangga!


bersambung  ...

ulasan : sepanjang menulis ni, saya dengan lagu cinta bertasbih. ilham. ilham. hahah.
jangan lupa ikuti ceritanya ya, sambil baca, sambil perbaiki diri. saya pun tak sempurna. tapi kita boleh mencubakan? melalui cerita ni, harap semua orang boleh balajar ilmu agama yang tak seberap yang saya selitkan sambil membaca cerita itu. keh keh keh. sekarang, sy belum tidur kerana menunggu along bertuah saya yang keluar main futsal dan belum balik. dan kemungkinan dia tak bawa kunci *haissshh*


Titisan Embun 9

          “Aku rasa nak balik kerja kat sini je..” Along yang berkain pelikat di pandang. “Huh? Kau nak tinggal gaji kat yang aku kira memang kau hidup mewah lah. Kau jangan long, kerja sekarang susah nak dapat. Aku yang freshie ni pun belum tentu ada orang nak ambil” Wan duduk di sebelah Along. “Haa, kau ni Ngah nak kata bongok, tiap-tiap sem dekan. Freshie lah orang nak. Gaji murah. Nak nak yang memang first class result macam kau, sekejap aje kau menganggur” Along mencebik. Wan gelak.
           “Kau ingat cari kerja macam beli ikan kat pasar ke long? Aku kalau boleh tak nak lah kerja yang social ni. Dosa kut” wan mencapai handset di atas meja. “Haha, Wan. Aku tengok dah banyak berubah. Dah matang” Along pula tersengih. Wan gelak lagi. Ada ke patut along kata macam tu? Kejam. Kebudak-budakkan sangat ke aku selama ni? Dia garu kepala.
            “Long, mata air tak ada ke? Mama dah lama bunyi teringin nak main dengan budak kecik. Angah dah seram je tau. Ada patut Hannah dengan Husna kata angah kena kahwin. Along lah long kan. Along dah grad. Gaji besar. Cukup sifat lah senang cerita” Wan gelak lagi sementara Along hanya senyum kecil.
             “Ngah, nak kahwin pun kau ingat macam main masak-masak ke? Aku kalau nak kahwin nak carik yang macam Wahida yang isteri Akhill Hay tu. Solehah habis. Pakai purdah. Biar aku sorang je tengok muka dia. Orang lain bai bai je lah.” Along sengih. Wan diam memikir.
              “Tinggi angan-angan kau Long, kalau aku, aku nak yang tudung labuh, kalau tudung labuh biasa pon aku tak kisah. Aku nak yang baik. Aku suka tengok perempuan pakai cermin mata. Comel” Wan pula member criteria.
              Seketika dua-dua diam menala pandangan ke televisyen yang menyirakan perlawanan bolasepak. Hannah datang bersila. Remort di tepi Wan di capai. Sekelip mata, adegan kejar mengejar bola itu dah bertukar dengan wajah Aaron Aziz dan Raja Farah.
              Wan baling bantal kecil itu ke kepala Hannah. “Oi, mak cik, kau sesedap rasa aje kan? Angah nak tengok yang tadi tu lah.. hiii, budak degil!” Wan dah geram. Along hanya gelak. “Assalamualaikum Najwan Imran yang baru sampai petang tadi dan Najwan Irfan yang dah berabad bersemayam kat rumah. 24 jam bukan ESPN siapa tahan?” Hannah mencebik. Husna di sebelah dah angguk. “Betul tu kak. Marah angah! Dia ingat mama beli tv untuk dia pakai sorang gamaknya!” kata Husna yang buat Wan terkedu. Dia bangun perlahan-lahan.
              Dalam perjalanan ke biliknya, Wan dengar suara Husna mengejek. “Angah meraaajuuuukkk” tapi dia buat tak tau aje. Iya ke aku 24 jam duduk rumah bukak ESPN? Tipu, dah sah-sah 8 pagi sampai pukul 6 aku tercampak kat ofis tolong mama. Dia yang seronok berfuya-fuya kat rumah ni. Haru punye adik perempuan.
                Sementara dia menunggu laptopnya yang loading itu, dia sempat berfikir. Sudah hampir 2 tahun menganali Insyirah Safiyyah. Tapi hubungan mereka tetap begitu. Sekadar bertanya khabar dan benda-benda wajib aje. Tak pernah di suarakan rasa sukanya itu. Kerana dia hormat gadis itu. Kerana dia nak suarakan rasa suka di saat duit dah cukup masa nak pergi pinang Insyirah Safiyyah buat isteri. Kerana Wan percaya pada Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Insya-Allah.
                “Alhamdulillah. Semester ini saya dekan : ) Wan bagaimana? Dekan lagi ?”
               Mesej balasan Inyirah safiyyah yang buat Wan tersenyum seorang diri. Tahniah bidadari ku! Tahniah di atas kecemerlanganmu :)

Titisan Embun 8


            Sejak dari hari tahlil itu, Wan memang tak nak bukak cerita langsung tentang itu dengan Insyirah Safiyyah. Buat haru aje kalau Insyirah Safiyyah tahu perkara sebenar. Eiih? Kenapa pulak nak haru, aku tak salah pun. tapi seganlah.
            Wan meneliti sesuatu di skrin laptopnya sebelum tangan dia laju menekan keypad handset mendail nombor telefon seseorang. 7 saat, talian berangkat. “Hello, Assalamualaikum bang, Ni Irfan ni. Bang, nak tanya sikit untuk pamphlet program mahasiswasiswi tu abang nak Irfan photostate berapa? Tak adalah Irfan ingat nak photostate dalam 800 je kut. Lepas tu nak letak kat masjid esok masa orang solat jumaat. Yang dah pas dekat kawan suruh tolong edarkan pun adalah dalam dua tiga ratus” panjang lebar Wan menerangkan pada Abang  Afiq.
             “ Ohh, esok ya bang? Macam ni lah, Irfan try cakap dengan mama dulu, sebab takut tak ada orang pulak nak tolong mama dekat ofis itu. Hehe. Insya-Allah. Esok Irfan datang ofis kalau mama bagi. Okay lah. Bang, laju je kredit saya call abang, dahlah abang celcom” Sempat aje Wan mengusik.
            Tangannya kembali menari di atas papan kekunci itu. Cuti semester, tahun depan lagi dua semester dan hehe, ini yang nak membangga sikit ni. Grad sudah. Tak yah balik uni lagi dah. Hehe. Sekarang pun sedang bergiat aktif dengan Belia Islam. Buat kerja amal. Saham akhirat. Tak apa susah-susah di dunia.
             Dia kemas beg tepinya dan keluar dari bilik. Adik-adik perempuannya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. “ Ngah, nak pergi mana?” Husna bertanya. Melihat abangnya yang dah siap cantik-catik gaya nak keluar aje. “Angah ada program hari ni. Dekat sini aje programnya tu. Angah dah cakap kat mama semalam,” Wan meneguk air mineral sejuk yang baru di ambil peti sejuk itu.
              “Angah pergi dulu, oi, kunci pintu nih!” Wan dan menyarung stoking di muka pintu. Husna yang hanya menjengukkan kepalanya berkata lagi. “Ngah. Malam ni along balik tau. Kamu jangan lepak pulak kat mana-mana” Hannah yang berdiri di sebelah Husna memandang pula. “Dia gerak dari Kedah bila?” Wan bertanya sambil menyarung kasut.
               “Tak tahu lah pulak. Dia tak cakap,. Tapi katanya sampai dalam maghrib macam itulah” Hannah menjawab. “Ngah, nanti beli burger tau,” alahai Husna, makan aje kerjanya.
              “Nantilah kalau angah ingat lagipun, kamu ni tak jemu ke makan burger. Angah dah jemu pergi kedai tu. Balik-balik muka angah jugak” Wan dah hidupkan enjin motor. “Postpone lah lagi dua tiga minggu ke, kamu balik Perak pun lambat lagi kan? Relax lahh. Tu, tolong bukak pagar tu” Wan terus memecut keluar dari rumah. Meninggalkan adinda-adindanya di rumah.

                          ***********************************************                
              Wajah Kak Ain di pandang sekilas. “Macam mana ni Wan? Budak-budak ni nak Wan jugak ni? Wan boleh ke?” Kak Ain memandang Wan. Permintaan tinggi dari peserta program supaya Wan yang kendalikan sesi bercerita mereka hari ini. Wan gelak-gelak. Bukan tak mau.. “Boleh kak. Insya Allah” Wan senyum. Kak Ain angguk. “Alhamdulillah. Thanks Wan. Nanti bila-bila akak belanja roti canai” Kak Ain sengih.
           “Haha, Wan tuntut kak!” Wan mengusik sebelum kembali ke dalam dewan serba guna itu. Dia ambil microphone itu lalu mengetuk-ngetuk. Gimiklah konon. “Assalamualaikum. Okay, hari ni kita nak buat apa? Sementara tunggu Kak Ain dan kakak-kakak yang lain, kira markah keseluruhan?” Wan memandang wajah-wajah kanak-kanak bawah umur tu.
            “Nak dengar cerita, nak dengar cerita!” Wan ketawa mendengar suara mereka yang berbalam-balam itu. “Okay, kita dengar cerita ya..” seketika Wan diam memikir cerita yang nak dikongsi.
           “Dulu ada seorang pemuda. Dia ni berguru dengan seorang ulama. Maka mereka pun pergi mengembara. Sampai lah sampai satu tempat di mana mereka harus mendaki gunung. Lalu penuda tadi berasa sangat letih dan berkata tok gurunya, bahawa dia sangat letih dan belilah keldai agar perjalanan mereka mudah. Lalu tok guru itu pun membeli dua ekor keldai. Tok guru itu naik di atas seekor keldai. Saat, pemuda tadi nak naik ke atas keldainya, tok guru itu menegah. Katanya, pikul keldai itu. Lalu, dengan penuh susah payah dan keletihan pemuda itu memikul keldai itu sepanjang di lereng gunung itu. Ssat itu barulah, tok gurunya berkata : begitulah nafsu, kalau kita tungganginya, kita akan jalani hidup ini dengan tenang, selamat tetapi kalau kita biar dia yang menunngangi kita, hidup kita susah, tak tenang dan sentiasa terbeban. Adik-adik semua faham?” Wan senyum buat kesekian kalinya. Kiranya wajah gred B+ ni boleh buat semua orang terpegun lah kan? Hehe. Wan gelak  sendiri.
            “Okay ada apa-apa nak tanya?” Wan buka sesi soal jawab pula. Berebut-rebut mereka angkat tangan. Wan geleng kepala sambil ketawa kecil. “Satu-satulah. Okay yang baju warna biru tu,” Wan memandang kanak-kanak perempuan yang baru darjah 2 itu. “ Mia nak tanya, kenapa muka abang Wan macam muka orang korea? Macam yang kat tv tu? Cuma abang Wan tak putih macam orang korea lah” Petah kata-kata adik itu tadi buat Wan kelu seketika. Ek? Punyalah kulit aku warna sawo matang memang stok nusantara habislah dia kata ada ghoman orang korea? Kesian kau dik, kocik-kocik dah rabun warna. Terkeluar dah slang nogorinya.
            “Alamak, soalan kau dik, makan dalam. Dek abang pun tak tau. Tapi kalau dah adik kata macam itu, abang nak kata apa lagi. Kan? Terima kasih,” Wan senyum manis. Okay, sekarang dah ada yang nak back up aku kalau Izzat panggil aku abang tebar roti canai lagi. Hihi.
            Baik soalan lagi?” Wan beralih topic. Takut lama-lama berbincang tentang ke-korea-an wajahnya, dia takut, tak muat pula kerusi yang sedang di duduki sekarang.
            “Abang suka orang macam mana? Orang Korea jugak ke?” Tanya seorang lagi adik perempuan memakai tudung merah jambu. Nak tersedak Wan mendengar. Haha. Wan gelak. Soalan macam aku ni arits hot aje.
             “Abang nak yang macam ana muslim, tau? Tapi ana muslim yang tudung labuh lah. Hehe” wan sengih kerang busuk. Dia menangkap kelibat Kak Ain yang meminta dia berhenti. “Okaylah. Adik-adik. Abang Wan tarik diri dulu. Assalamualaikum. Kita teruskan dengan Kak Ain lepas ni:” Wan senyum sambil bangun dari duduknya.
                              ***********************************************
               “Long bila sampai? Sorrylah angah lambat balik hari ni. Ada program tadi” Wan menyalam abang sulungnya itu.
               “Pukul tujuh tadi. Along call handset angah voicemail kenapa?” Along menghirup lagi milo panas yang disediakan Husna tadi.
            “Battery low lah long, hehe” Wan sengih sengih. Terlajak lepak kedai mamak dengan abang Afiq bincang pasal program mahasiswasiswi. Ngee. Dan datang pula Kak Ain offer roti canai. Apa lagi. Sebat aje lah.      


penulis : hehe. assalamualaikum =) sorry lambat post new entry. carik ilham. bhaha. bajet! lagi satu jgn lupa doakan saya tau. bila ramai-ramai doa. insya-Allah makbulkan? so, marilah kita bersama-sama. lagipun, cuti dah tinggal lapan hari. dah makin pendek :( sedihhh. tau ? kui kui kui.
hehe. say hello to the 'ceruk'est rembau. haha. ohh. so sadd. 

waniyusof :)