Friday, December 24, 2010

titisan Embun 11

            Wan senyum pada jemaah surau yang baru sampai. bagi cukup syarat aje. hari ini ada kenduri di rumahnya. Along yang sedang bersembang tak dikacau takut menganggu pula. "Wan, lama pak cik tak jumpa. dah besar dah. dah hensem" ujar Pak Cik Man sambil menepuk-nepuk bahu Wan.
            "Sem berapa dah Wan?" pak cik Man tanya lagi. dahi wan berkerut seketika. ini semua kerja kat ofis punya pasal, dah 24 jam duduk dalam aircond kat ofis itu kasi beku otak aku, "Err, kalau tak silap sayalah pakcik, next sem ni, Alhamdulillah dah sem lima dah," Wan sengih lagi kerana tak pasti riak wajah bagaimana harus dipamerkan. akhirnya Wan memilih untuk menampakkan barisan giginya itu sahaja.
             Betullah kan? lagi tinggal dua semester aje kena kerja keras sikit untuk dapatkan dekan dan nanti mama dengan ayah bangga aje pergi konvokesyen aku, ambil anugerah naib canselor. uuuuuuhhhhuuuuu.
            "Baguslah, Wan ni. Wan dah boleh kahwin dah ni?" pak cik Man mengusik lagi. rasa macam kerongkong melompat ke anak tekak bila pak cik Man buat lawak species membunuh gitu. "Haha, pak cik Man ni, beragaklah nak usik Wan. muda lagi pakcik. cari duit dulu" Wan gelak-gelak. mukanya dah mulai memerah. segan!
            "Ada pulak macam tu? Wan dah ada calon ke Wan?" tanya pak cik Man lagi. Wan ketawa. ketawa yang telinga dia sendiri ngilu dengar bunyi ketawa sendiri. err, mungkin ada sumbang di mana mana? Wan senyum lagi. aduii. get a lifelahh pak cik. muda lagi kut. cari duit dululah. nak bayar mas kahwin pakai apa? duit hantaran? pelamin? kenduri lagi? lepas tu kalau dah kahwin nak suap anak orang tu pakai apa pulak? baja organik yang mama lambak depan rumah tu ke?
             "Ontahlah haa, den ni tak do orang nak pak cik," Wan melawak. pak cik Man hanya ketawa kecil. wan sengih lagi. uhh, pipi dah terasa kebas senyum tak habis dari tadi. bila nak start yaasin ni ?. mulut dah lenguh dah senyum kat pak cik Man ni.
             "Orang hensem macam Wan takkan tak ada orang nak, Wan memilih kut?" sekali lagi Wan gelak. kepalanya di geleng-geleng perlahan. nak buat apa carik, kalau dah memang ada yang berkenan dalam hati?
             "Tak apalah pak cik, Wan tunggu bidadari dari syurga. hehehe. nanti Allah bagilah tu. haa, masa tu baru Wan kahwin, Wan jemput pak cik punya. jangan risau," Wan gelak. lagi. dia sendiri dah rasa janggal aje bila semua mata memandang dia aje dari tadi. mungkin bergelak ketawa berdekah-dekah dari tadi di majlis kenduri, errm, mungkin sebab Wan ada cili di celah gigi? ehh tak, tadi dah check dah kat cermin. tiba-tiba, Wan senyum lagi, artis terkenalkah aku? aduhh, Wan rasa nak tampar pipi sendiri. dah Wan, cukup! jangan senyum lagi! nanti semua orang tak baca Yaasin terpegun tengok muka kau aje. hehe.

                          ************************************************
               "Haru kau Zat, sejak bila minat kereta antik wehh?" Wan dah ketawa. Izzat hanya senyum malu. mini Cooper Izzat di belek-belek. "Ayah aku punya" selamba Izzat menjawab sambil bermain dengan gugusan kunci itu.
               "Mewarisi lah ni? ngee." Wan gelak lagi. Bukan senang dapat peluang macam ni. peluang menyakat Izzat. Izzat, izzat...
               "Jimat doh. tu kelisa tu kau ambil ahh" Izzat kata lagi. okay itu bunyi macam seronok aje. kening Wan terangkat. "Ulang. lagi sekali aje Izzat boleh tak? tadi tak clear" Wan sengih mengejek buat Izzat rasa macam nak hempuk aje kepala Wan dengan kereta minicooper lama ni. biar koma. buat sakit hati aje.
               "Takkanlah aku nak pakai dua kereta pulak. kau ambillah kelisa tu" nak tak nak Izzat ulang jugak.
              "haha. wuiiyooo, sanggup tu gadai kelisa kesayangan dekat aku. kira memang kau ni jenis anak mithali tahap aku tabik toing-toing lah kat kau" Wan ketawa lagi. kenapa hari ni ramai sangat buat lawak. dari tadi, gusinya tak kering-kering juga.
              "Kau jangan Wan, aku campak aje laptop kau tu kat dalam mangkuk jamban kang" Izzat dah mengugut. dia tahu Wan tak boleh hilang laptop kesayangannya itu. kalau itu tak ada, macam mana nak hubungi buah hati.
               "Haha, kalau kau berani. langkah mayat aku dulu. hahah" Wan ketawa lagi. tali ususnya terasa geli buat dia rasa nak ketawa sangat sangat. sumpah Zat. aku nampak muka badut aje kat muka kau sekarang ni. Izzat yang berbaju melayu di pandang lagi.
               "okay, okay. aku stop" Wan angkat tangan. Izzat senyum sinis. "kalau kau sakit jantung kat sini pun okay, Wan straight aku hantar pergi kubur," Izzat berkata.
               "Uihh, tuduhan berat tu, kau yang sedut rokok apahal lak aku kena sakit jantung?" kening Wan terangkat.

No comments:

Post a Comment