Friday, December 24, 2010

Titisan Embun 10

“Angah dengan Along ni nak keluar lagi? Mama tahu?” Hannah yang bersandar di muka pintu memerhati dua orang abangnya yang sedang mengikat tali kasut itu. “Orang nak pergi bersukan. Hannah apa tahu? Dok rumah aje” Along menyindir pedas. mencerlung mata Hannah. “Lagi bagus dari jadi kutu embun keluar merambu malam-malam buta ini, tau dek mama, tak boleh bayanglah” Hannah mencebik lagi.
          “Along perasan somethinglah, kenapa Hannah ni suka sangat mencebik ni? Along sepit dengan sepit baju baru tau,” Along ketawa melihat Hannah yang dah berdecit. “ Kalau Angah.. tu baja organic mama tu angah tabur kat dia..” Wan gelak lagi. Husna yang hanya memerhati diam. “Ni, apa pasal ni?” Wan memandang Husna yang monyok.
         “ Kalau Una dengan Kak Ana ikut tak boleh?” dengan wajah muram Husna bertanya. Serentak itu Wan ketawa kuat. “Orang tanya betul-betul. Ada ke patut angah gelak?” Husna mencubit bahu angahnya itu. Ketawa Wan makin kuat.
         “ Una, tengoklah angah sini. Tak comel tau, Una merajuk. Tak baik anak perempuan keluar malam. Anak lelaki tak apa. Kak Ana dengan Una tanggungjawab Along dengan angah. Nanti di akhirat, Allah tanya, kenapa kami tak jaga adik kami baik-baik, along dengan angah nak jawab apa? Tak kesiankan along dengan angah ya?”  Wan memegang kepala adik perempuannya itu. Sungguh, walaupun Wan tak pernah kata sayang, selain mama, inilah gadis-gadis yang bertakhta di hatinya. Yang sering menghibur hatinya tatkala dia letih pualang dari ofis. Inilah yang tolong dia ironkan baju dia, yang tolong lipatkan baju dia, yang tolong kemaskan bilik dia, yang tolong buat air untuk dia. Pendek kata, hidupnya tak lengkap tanpa mereka.
            “Una dengan Kak Ana tempatnya di rumah. Tak boleh keluar selalu-selalu. Memang tak ada salahnya kalau keluar dengan abang sendiri tapi Angah nak cakap satu aje. Wanita solehah itu hiasa dunia. Ibarat mutiara, jadi mutiara mana boleh bawak tayang kat orang, naNTI kotor pulak. Mutiara macam kamu berdua elok simpan di rumah, agar kemuliaannya terjaga. Angah tahu, Husna nak keluarkan? Esok angah cuti, kita keluar. Kalau nak keluar biar dengan angah atau along aje. Jangan lelaki lain pulak tau? Yang bukan mahram. Tak elok. Berdosa. Allah marah. Dah senyum, angah tak suka betul tengok muka macam cekodok kena lenyek dengan lori balak Una ni” Wan ketawa di sambut Hannah dan Along. Dalam masam Husna senyum juga.
               Siapalah nak derhaka kat abang sendiri. Ingat senang nak cari abang-abang macam ni? Along yang suka buat lawak, angah yang sentiasa mengingatkan, along yang tak pernah kedekut duit, angah yang selalu cakap kena beli apa yang patut aje. Along yang tampan,angah yang hensem. Dulu, masa Husna dekat sekolah dulu, bila keluarga Husna datang melawat, maka ramailah yang bertenggek di tepi tingkat asrama menjenguk curi-curi mengintai wajah tampan along dan angahnya. Huh, siapa tak bangga!


bersambung  ...

ulasan : sepanjang menulis ni, saya dengan lagu cinta bertasbih. ilham. ilham. hahah.
jangan lupa ikuti ceritanya ya, sambil baca, sambil perbaiki diri. saya pun tak sempurna. tapi kita boleh mencubakan? melalui cerita ni, harap semua orang boleh balajar ilmu agama yang tak seberap yang saya selitkan sambil membaca cerita itu. keh keh keh. sekarang, sy belum tidur kerana menunggu along bertuah saya yang keluar main futsal dan belum balik. dan kemungkinan dia tak bawa kunci *haissshh*


No comments:

Post a Comment