Friday, May 6, 2011

Titisan Embun 29

Mama Wan dah pitam melihat nafas anaknya ynag dah turun naik itu. Dada Wan turun naik bernafas kencang. Dia tenat! Safiyyah sendiri rasa nak pengsan. Tapi demi Wan, jangan Safiyyah. Jangan tunjuk air mata kau depan dia.
        Doktor Teressa bergegas masuk ke dalam wad ICU. Dia memandang Safiyyah, dan dari pandangan matanya ; Awak tahu apa yang saya tahu. He cant make it anymore.. Safiyyah tertunduk lemah. Terasa dirinya ingin rebah.
         Ayah Wan membisik ke telinga Wan “Wan ikut ayah ya.. Lailahaillallah...” berkali –kali ayah Wan mengajar anak terunanya itu mengucap. Membisikkan kalimah tauhid di saat yang paling terakhir dalam hidup anak lelakinya itu. Mata Safiyyah dah mula berair. Hidung kian memerah. Sebak di hati menggundah jiwanya. Maafkan Safiyyah, Safiyyah tak mampu untuk tidak menangis hari ni Wan. Maafkan Safiyyah,
         Dan Safiyyah rebah. Tidak sedarkan diri. Maafkan Safiyyah.

***********************************************************
“Safiyyah, are you okay?” lembut suara doctor Teressa bertanya. Dengan kepala yang berat, Safiyyah cuba buka mata. Pancaran cahaya menyilaukan mata. Safiyyah tutup dengan tangan kanannnya menahan silau.
        “Safiyyah jangan banyak bergerak. You kena rest. you letih sangat ni” cepat aje doctor Teressa memaut lembut lengan Safiyyah saat Safiyyah dah nak bangun meninggalkan katil pesakit ini. Dan dengan satu pandangan sayu, dia menggelengkan kepalanya. Seolah-olah memberi tahu sesuatu. Bahawa ... Safiyyah tak sanggup nak meneruskan konklusinya.
         “You tak faham. And please Teressa, let me go, i need to see him now... really..” Safiyyah tersedu-sedan di situ .
          “Safiyyah, sabar. Bawa bertenang. Jangan dia okay, you pulak yang sakit terlantar nanti sudah,” balas Doktor Teressa dengan senyuman.
          Safiyyah dah terpinga-pinga macam televisyen hilang piring astro.  Safiyyah kesat air mata. Dia memandang Doktor teressa dengan satu pandangan penuh persoalan. Dalam hati dah berkata, kalau doctor cina peranakkan ni menipu aku, memang kau yang masuk ICU kejap lagi.
          “Dia dah sedar. Dah stabil dah pun. dia nak jumpa awak tapi awak pula dah pengsan. Kasihan dia. Terpinga-pinga aje tengok awak dah pengsan tak sedar diri” doctor itu ketawa kecil.
         “Dia adalah keajaiban! Dan awak antara pendorong semangatnya. Kuatkan diri. Dan saya rasa lepas dia sedar, awak nak tidur pun mimpi indah, ” ucap Doktor Teressa. Safiyyah terlopong. Dia masih belum boleh terima kenyataan.
          “Sungguh. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Syukur!” setelah agak lama, baru Safiyyah faham. Dan tanpa menunggu walau sesaat tangan ditadah. Syukur kepada Tuhan.  Lalu dengan penuh rasa ikhlas dan syukur Safiyyah buat sujud syukur. Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa hamba-Mu ini.
Doktor Teressa kagum pada gadis ini. Dia seorang yang kuat. Saat semua orang menangis melihat keadaan Najwan Irfan itu, dia tetap tabah berdiri di sisi tubuh kaku itu tanpa setitis air mata sekali pun. Di saat semua orang sudah putus asa, tak tahu nak ikhtiar apa lagi. Gadis ini tetap yakin bahawa lelaki yang disayanginya itu akan sembuh seperti sedia kala.

Titisan Embun 28

         Safiyyah tutup yaasin di tangannya. “Wan, bangunlah Wan. Bangunlah Wan.. Saya nak tengok Wan sihat..” Safiyyah sebak. Sebak sangat!
         “Wan, Imran dah bagitahu Safiyyah segalanya. Imran dah terangkan pada mak cik yang Wan tak salah apa-apa. Wan bangun Wan ya? Along nak mintak maaf dekat Wan,” Safiyyah genggam Yaasin itu.
         Mujur Wan di rawat di tempat Safiyyah bekerja. Lepas habis masa kerjanya di wad kanak-kanak dia pasti akan ke wad ICU ini dengan maksurat dan Yaasin di tangan. Halwa telinga buat Najwan Irfan. Safiyyah tidak mahu Najwan Irfan itu pergi meninggalkan dunia. Safiyyah mahu Wan sihat semula.
         Wan kata, kalau luka berparut itu katanya lambang kejantanan. Habis, Wan, bila dah jadi macam sekarang ni baru cukup jantan ke?
          Wan, Allah tak pandang itu semua. Yang penting Wan tahu hukum agama. Tak buat apa yang Allah larang. Buat apa yang Allah suka. Dekat akhirat nanti Allah tak kira berapa banyak parut yang ada di badan Wan, tapi amal ibadat Wan. Safiyyah sayang Wan, nak tengok Wan jauh tersungkur pun Safiyyah tak rela, inikan pula sekarang.. Wan diambang kematian? Seksa jiwa Safiyyah hanya Allah yang tahu.
          “Wan, tadi Doktor Teressa jumpa Safiyyah, dia kata Wan kena ada semangat yang kuat untuk hidup. Kenapa Wan, Wan dah putus asa ke? Wan yang Safiyyah kenal orangnya kuat. Tak pernah mengaku kalah. Wan, bangunlah Wan. Ada Ramai orang tunggu Wan. Ramai orang yang nak Wan bangkit semula...” Safiyyah terus menangis teresak-esak. Dia kesat air mata di pipi perlahan.
         “Wan, dulu Safiyyah pernah janji dengan arwah Syuhada yang Safiyyah takkan titiskan air mata Safiyyah buat mana-mana lelaki sekalipun, tapi sekarang.. Safiyyah dah tak tahan. Safiyyah nak nangis jugak. Dulu bila Safiyyah nangis, Arwah kata kata Safiyyah tak kuat, Safiyyah kuat nangis. Arwah , kata nak jadi pembuli tak boleh nangis. Tapi Wan, sekarang Safiyyah dah tak kuat lagi. Safiyyah nak jadi Safiyyah yang dulu. Yang kuat menangis tu. Sebab Syuhada dah pergi tinggalkan Safiyyah. Wan pun nak tinggalkan Safiyyah” sekali lagi Safiyyah ketawa dalam tangisannya yang hiba. Teringat macam mana punya baik Wan cover line tak nak bukak cerita tentang arwah Syuhada. Walaupun hakikatnya, Safiyyah dah tahu sendiri tentang itu dari Mak Tehnya.         
 “Wan, masa hari Wan accident, mama Wan peluk Safiyyah. Dia kata dekat Safiyyah, dia sedih, hati dia hancur. Dia takut Wan tinggalkan dia. Masa tu Safiyyah pun sedih. Tapi Safiyyah tak cakap. Safiyyah diam aje sorang-sorang. Masa tu dalam kepala Safiyyah ada satu aje, Safiyyah tak nak Wan pergi. Atau sekurang-kurangnya Allah kurangkan penderitaan yang Wan lalui” Safiyyah berbicara dengan Wan yang sedang koma. Safiyyah tahu Wan mendengar.

****************************************************************

SAFIYYAH terkedu saat doctor Teressa memaklumkan bahawa Wan dah tiada harapan untuk hidup. Doktor Teressa hanya mampu bersimpati pada doctor  muda itu. “Safiyyah, I don’t think he he can make it,” ujar Doctor Teressa tenang. Safiyyah terdiam kelu. Allah!
       “ Doktor maklumkan familinya sama ada mahu terus guna alat pernafasan atau cabut saja”  ujar Safiyyah lalu berlalu pergi dari situ. Dia memandu keretanya ke masjid Negara. Tenang dirasakan saat kaki melangkah masuk ke dalam masjid yang indah itu. “Tuhan, hamba mu ini datang nak mengadu nasib pada Tuhan” dengan linangan air mata hangat menuruni pipi. Terimbas wajah Wan yang sedang tenat itu.
          Safiyyah menangis semahu-mahunya. Di sini dia ingin menjadi dirinya sendiri. Safiyyah dah tak mampu bendung air mata ini lagi. Safiyyah tak mapu berpura-pura tenang lagi.
        Selesai solat Maghrib berjemaah Safiyyah bangkit lagi untuk solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Dulu, masa sekolah lagi. Pihak BADAR akan menyuruh pelajarnya buat solat sunat taubat dulu sebelum solat sunat hajat. Safiyyah dah lama tak buat. Safiyyah menyesal sendiri. “sudah terlalu lama aku tidak buat yang sunat ini ya Allah,” Safiyyah menangis lagi. Menyesali diri sendiri yang sudah terlalu lalai dibuai nafsu dan godaan syaitan. Safiyyah geleng kepala.
        Dengan penuh khusyuk dan tawadduk takbiratul Ihram diangkat. selesai salam terakhir, Safiyyah dengan penuh kerdilnya dan merendah dirinya mengangkat tangan berdoa.
       “Ya Allah yang Maha pengasih la Maha Penyayang. Ampunilah dosa kedua ibubapaku Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah dengan penuh kerdil dan mengharap, kau panjangkan umur Najwan Irfan Ya Allah, pinjamkan dia rohnya supaya dia masih dapat melihat dunia.. aku mohon Ya Allah,” Safiyyah dah teresak-esak di situ. Sebelum telefon bimbitnya berbunyi..
        “Betul ke? Baik saya ke hospital sekarang!” Safiyyah bergegas meluru ke keretanya. Dalam hatinya Cuma satu, ya Allah panjangkan umur dia, aku mohon ya Allah!

Titisan Embun 27

            Suasana di ruang menunggu hospital itu senyap sunyi. Cuma-sesekali terdengar mama menahan tangis. Terdengar Ana dan Una tersedu. Along hanya tersandar keletihan di kerusi empuk itu. Along masih berpakaian pejabat. Selesai solat, dia menerima panggilan dari Una dan terus bergegas ke sini. Ayah hanya duduk di sebelah mama, menenangkan hati wanita itu. Sementar para doctor-doktor pakar di dalam bilik operasi itu entah macam mana cuak dan kelam kabut nak menyelamatkannya nyawa seorang pemuda.
            Wan accident! Buat masa ni, mereka belum tahu lagi keadaan sebenar Wan kerana mereka dimaklumkan tentang kejadian itu setelah Wan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
            Along mengesat air mata di tubir mata. Ya Allah, selamatkan adik aku.
            Pintu bilik operasi itu terkuak dari dalam membuatkan enam manusia itu berlari ke arah doctor mengharapkan penjelasan. “Kami memang dah cuba sedata upaya, tapi Najwan Irfan masih dalam keadana kritikal. Dia kehilangan banyak darah dan ada kecederaan yang serius pada tempurung kepalanya. Anda semua hanya mampu berdoa dan tidak berhenti mengharapkan pertolongan Allah. Dia lebih berkuasa” ujar doctor tua itu sambil menepuk bahu ayah dan Along dan berlalu pergi.
            Mama pitam dan di papah ayah. Tangisan Una dan Ana tak dapat di bendung-bendung lagi. Along jatuh terduduk di atas lantai hospital. Angah.. Alongminta maaf. Lalu matanya menangkap kelibat Amina Zulaikha dan Insyirah Safiyyah yang masih berkot putih tandanya dia sedang bertugas , berbaju kurung berjalan lalu mama terus peluk wanita itu.
              “Safiyyah. Anak mak cik kritikal, Safiyyah tolong selamatkan Wan ya? Tolong selamatkan dia,” Insyirah Safiyyah gosok perlahan tubuh ibu kepada lelaki yang amat dicintainya itu. Dia sendiri berusaha agar tidak menumpahkan air matanya.
“Sabar ye mak cik, insya-Allah Wan selamat. Kita doa banyak-banyak ya?” Insyirah  ukir senyum dalam kepayahan yang teramat sangat. Senyuman pahit terukir dalam linangan air mata pilu.
Sementara Amina Zulaikha menenangkan Una dan Ana yang dah tersedu-sedan di bahunya. “Jangan menangis okay, Angah selamat punya. Insya-Allah. Yang penting kita percaya pada Allah okay?” dia tetap berusaha menghentikan tangis dua beradik itu walaupun dia tahu itu tidak membantu.
Along mengambil keputusan untuk masuk ke ruangan ICU itu. Wajah Wan yang calar-balar itu direnung. Angah, kenapa Angah tak nak dengar apa Along cakap? Kenapa Angah tak bagi kesempatan untuk Along jelaskan segalanya pula? Sekarang Angah seksa Along. Along rasa bersalah. Along minta maaf.
Pintu terkuak membuatkan Along berpaling ke belakang. Amina Zulaikha dan Inyirah Safiyyah masuk.
“Ya Allah,” Insyirah Safiyyah hampir pitam di situ. Mujur ada Amina Zulaikha memapahnya. Along usap dahi satu-satunya adik lelaki dia. Along mintak maaf sebab Along halang cinta Angah. Bangunlah Ngah, tengok betapa dia cintakan Angah? Bangunlah Ngah..ramai orang tunggu Angah. Ramai orang sayang Angah.