Friday, May 6, 2011

Titisan Embun 29

Mama Wan dah pitam melihat nafas anaknya ynag dah turun naik itu. Dada Wan turun naik bernafas kencang. Dia tenat! Safiyyah sendiri rasa nak pengsan. Tapi demi Wan, jangan Safiyyah. Jangan tunjuk air mata kau depan dia.
        Doktor Teressa bergegas masuk ke dalam wad ICU. Dia memandang Safiyyah, dan dari pandangan matanya ; Awak tahu apa yang saya tahu. He cant make it anymore.. Safiyyah tertunduk lemah. Terasa dirinya ingin rebah.
         Ayah Wan membisik ke telinga Wan “Wan ikut ayah ya.. Lailahaillallah...” berkali –kali ayah Wan mengajar anak terunanya itu mengucap. Membisikkan kalimah tauhid di saat yang paling terakhir dalam hidup anak lelakinya itu. Mata Safiyyah dah mula berair. Hidung kian memerah. Sebak di hati menggundah jiwanya. Maafkan Safiyyah, Safiyyah tak mampu untuk tidak menangis hari ni Wan. Maafkan Safiyyah,
         Dan Safiyyah rebah. Tidak sedarkan diri. Maafkan Safiyyah.

***********************************************************
“Safiyyah, are you okay?” lembut suara doctor Teressa bertanya. Dengan kepala yang berat, Safiyyah cuba buka mata. Pancaran cahaya menyilaukan mata. Safiyyah tutup dengan tangan kanannnya menahan silau.
        “Safiyyah jangan banyak bergerak. You kena rest. you letih sangat ni” cepat aje doctor Teressa memaut lembut lengan Safiyyah saat Safiyyah dah nak bangun meninggalkan katil pesakit ini. Dan dengan satu pandangan sayu, dia menggelengkan kepalanya. Seolah-olah memberi tahu sesuatu. Bahawa ... Safiyyah tak sanggup nak meneruskan konklusinya.
         “You tak faham. And please Teressa, let me go, i need to see him now... really..” Safiyyah tersedu-sedan di situ .
          “Safiyyah, sabar. Bawa bertenang. Jangan dia okay, you pulak yang sakit terlantar nanti sudah,” balas Doktor Teressa dengan senyuman.
          Safiyyah dah terpinga-pinga macam televisyen hilang piring astro.  Safiyyah kesat air mata. Dia memandang Doktor teressa dengan satu pandangan penuh persoalan. Dalam hati dah berkata, kalau doctor cina peranakkan ni menipu aku, memang kau yang masuk ICU kejap lagi.
          “Dia dah sedar. Dah stabil dah pun. dia nak jumpa awak tapi awak pula dah pengsan. Kasihan dia. Terpinga-pinga aje tengok awak dah pengsan tak sedar diri” doctor itu ketawa kecil.
         “Dia adalah keajaiban! Dan awak antara pendorong semangatnya. Kuatkan diri. Dan saya rasa lepas dia sedar, awak nak tidur pun mimpi indah, ” ucap Doktor Teressa. Safiyyah terlopong. Dia masih belum boleh terima kenyataan.
          “Sungguh. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Syukur!” setelah agak lama, baru Safiyyah faham. Dan tanpa menunggu walau sesaat tangan ditadah. Syukur kepada Tuhan.  Lalu dengan penuh rasa ikhlas dan syukur Safiyyah buat sujud syukur. Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa hamba-Mu ini.
Doktor Teressa kagum pada gadis ini. Dia seorang yang kuat. Saat semua orang menangis melihat keadaan Najwan Irfan itu, dia tetap tabah berdiri di sisi tubuh kaku itu tanpa setitis air mata sekali pun. Di saat semua orang sudah putus asa, tak tahu nak ikhtiar apa lagi. Gadis ini tetap yakin bahawa lelaki yang disayanginya itu akan sembuh seperti sedia kala.

No comments:

Post a Comment