Friday, May 6, 2011

Titisan Embun 26

"Memang dah lama kenal Insyirah Safiyyah ke sebelum ni?" tegang Along bertanya. Wan angkat muka dari fresh orange itu sebelum matanya merenung wajah Along yang tak tercalit walau segaris senyum buat wan rasa makin cuak.
“Kenapa tanya macam tu Long?” Wan buat-buat cool macam orang tak tahu apa-apa. Err, kalau bohong untuk kebaikan kira bohong sunat ke? Fresh orange itu di sedut dan matanya melilau memerhati orang yang lalau lalang di kaki lima restoran mahal itu. 
“Ngah...” Along berbunyi lagi. buat Wan rasa dia benar-benar di hujung tunduk. Kalau dengan senior dekat office pun dia boleh bertikam lidah tentang ideology yang bercanggah tapi kalau dengan  Along dia cuak sikit. Lebih kepada rasa hormat yang kian menebal dalam diri. Iyalahkan, dulu masa kecil, kot Wan kena buli Alonglah supermannya. Hoho.
“Baiklah, apa yang berlaku sekarang ni, mungkin ada hikmahnya di sebalik aturan Allah kan? Apapun, Angah dah lama redha dengan apa yang terjadi” Wan tak berani tenung mata Along. Hoih, kalau tenung nanti habis kantoilah temberang dia.
“ Angah. Along tahu yang Angah ada sorok cerita dari Along. Angah, ni Along. Along tak nak hubungan kita jadi makin renggang.” Along memandang wajah Irfan dengan renungan tajam. Menanti Angah menyerah kalah.
“Ekk, itu ajelah rasanya,” Angah pandang siling restoran yang berukir gambar bunga lili itu. Aduhailaaa, Angah tak nak cerita benda yang along nak tahu tu. Angah malas nak ingat.
“ Angah, Along serius” mata Along mengecil. Dahinya makin berlapis-lapis. Dia ingat aku suka-suka aje ajak dia jumpa macam nak ajak dia pergi Mines Wonderland ke? Maghrib belum lagi ni. Sekilas dia mencuri pandang ke arah jam tangannya.
Wan tarik nafas panjang. Okay, kau belum solat lagi ni. settlekan benda ni cepat. Boleh terus balik , lepas tu tidur.
“Sebenarnya Long Angah memang dah lama berkawan dengan Inyirah Safiyyah sebelum Along kenal dia lagi. Angah akui memang Angah ada menyimpan harap pada dia. Tapi Long mungkin tak setinggi harap Along pada dia. Masa Along bertunang, Angah bukan tak nak pergi tapi Angah tak rasa Angah cukup kuat nak menghadapinya. Angah berdoa mintak petunjuk Allah dan lepas Angah fikir sedalamnya, mungkin ada baiknya Angah pergi outstation, gaji pun masyuuk. Lepas bayar sewa rumah. Ups, sorry Long. Angah kembali ke topik utama. Tapi Along jangan risau. Angah tak hubungi dia lagi dah lepas dia rasmi jadi tunang Along. Angah tahu batas lagi. Mungkin kami tak ada jodoh. Sampai dekat situ aje hubungan kami. Angah redha” Wan menghela nafas panjang. The ice was broke at last.
“ Tak apalah Long, benda pun dah lepas. Angah yakin Along lebih baik untuk dia. Along layak bahagiakan dia. Pimpin dia jadi muslimah. Okaylah, Long Maghrib dah nak berlalu ni, Angah dah bayar air Angah tadi,” Wan terus angkat punggung lepas salamnya bersambut. Siap lempar-lempar senyuman lagi. Tapi Wan seolah-olah tak cukup masa nak mendengar Along buat konfrontasi dekat dia pula. Angah...Angah..
Wan solat terlebih dahulu di surau sebelum memandu pulang ke rumahnya. Selesai salam yang pertama. Wan pejam mata. Lama. Seolah-olah mengadu pada Tuhan melalui hatinya betapa hatinya itu  tidak aman melalui semua ini.
Enjin kereta dihidupkan dan Wan keluar dari perkarangan tempat letak kereta restoran mewah itu. Mulutnya automatic melafaz bismillah. Semoga perjalanan ku ini selamat. Amin.
Lalu entah syaitan mana yang datang menggoda, dia asyik teringatkan pertemuan tadi. Kepalanya asyik teringat wajah Along, Insyirah Safiyyah dan Amina Zulaikha. Mengapa semua ini sungguh rumit Ya Allah? Mengapa tidak dipermudahkan saja urusan kami adik beradik Ya Allah?
Dan kerana terleka dengan fikirannya, Wan terlupa ada simpang tiga di depan sana. Kerana teringatkan kisah hidupnya, Wan jadi tak perasan ada penghuni lain di atas jalan raya. Tiba-tiba Wan rasa silau. Spontan stereng kereta dipusingkan. Kereta Wan berpusing. Bunyi tayar kereta Wan yang baru diganti minggu lepas itu bingit solah-olah menjerit sakit. Wan rasa ada benda keras menghentak kepalanya. Wan sudah tidak sedarkan diri. Perkara terakhir di benaknya. Apakah ini balasannya Ya Allah kerana aku mempersoal takdir hidupku yang di atur-Mu?

No comments:

Post a Comment