Friday, May 6, 2011

Titisan Embun 28

         Safiyyah tutup yaasin di tangannya. “Wan, bangunlah Wan. Bangunlah Wan.. Saya nak tengok Wan sihat..” Safiyyah sebak. Sebak sangat!
         “Wan, Imran dah bagitahu Safiyyah segalanya. Imran dah terangkan pada mak cik yang Wan tak salah apa-apa. Wan bangun Wan ya? Along nak mintak maaf dekat Wan,” Safiyyah genggam Yaasin itu.
         Mujur Wan di rawat di tempat Safiyyah bekerja. Lepas habis masa kerjanya di wad kanak-kanak dia pasti akan ke wad ICU ini dengan maksurat dan Yaasin di tangan. Halwa telinga buat Najwan Irfan. Safiyyah tidak mahu Najwan Irfan itu pergi meninggalkan dunia. Safiyyah mahu Wan sihat semula.
         Wan kata, kalau luka berparut itu katanya lambang kejantanan. Habis, Wan, bila dah jadi macam sekarang ni baru cukup jantan ke?
          Wan, Allah tak pandang itu semua. Yang penting Wan tahu hukum agama. Tak buat apa yang Allah larang. Buat apa yang Allah suka. Dekat akhirat nanti Allah tak kira berapa banyak parut yang ada di badan Wan, tapi amal ibadat Wan. Safiyyah sayang Wan, nak tengok Wan jauh tersungkur pun Safiyyah tak rela, inikan pula sekarang.. Wan diambang kematian? Seksa jiwa Safiyyah hanya Allah yang tahu.
          “Wan, tadi Doktor Teressa jumpa Safiyyah, dia kata Wan kena ada semangat yang kuat untuk hidup. Kenapa Wan, Wan dah putus asa ke? Wan yang Safiyyah kenal orangnya kuat. Tak pernah mengaku kalah. Wan, bangunlah Wan. Ada Ramai orang tunggu Wan. Ramai orang yang nak Wan bangkit semula...” Safiyyah terus menangis teresak-esak. Dia kesat air mata di pipi perlahan.
         “Wan, dulu Safiyyah pernah janji dengan arwah Syuhada yang Safiyyah takkan titiskan air mata Safiyyah buat mana-mana lelaki sekalipun, tapi sekarang.. Safiyyah dah tak tahan. Safiyyah nak nangis jugak. Dulu bila Safiyyah nangis, Arwah kata kata Safiyyah tak kuat, Safiyyah kuat nangis. Arwah , kata nak jadi pembuli tak boleh nangis. Tapi Wan, sekarang Safiyyah dah tak kuat lagi. Safiyyah nak jadi Safiyyah yang dulu. Yang kuat menangis tu. Sebab Syuhada dah pergi tinggalkan Safiyyah. Wan pun nak tinggalkan Safiyyah” sekali lagi Safiyyah ketawa dalam tangisannya yang hiba. Teringat macam mana punya baik Wan cover line tak nak bukak cerita tentang arwah Syuhada. Walaupun hakikatnya, Safiyyah dah tahu sendiri tentang itu dari Mak Tehnya.         
 “Wan, masa hari Wan accident, mama Wan peluk Safiyyah. Dia kata dekat Safiyyah, dia sedih, hati dia hancur. Dia takut Wan tinggalkan dia. Masa tu Safiyyah pun sedih. Tapi Safiyyah tak cakap. Safiyyah diam aje sorang-sorang. Masa tu dalam kepala Safiyyah ada satu aje, Safiyyah tak nak Wan pergi. Atau sekurang-kurangnya Allah kurangkan penderitaan yang Wan lalui” Safiyyah berbicara dengan Wan yang sedang koma. Safiyyah tahu Wan mendengar.

****************************************************************

SAFIYYAH terkedu saat doctor Teressa memaklumkan bahawa Wan dah tiada harapan untuk hidup. Doktor Teressa hanya mampu bersimpati pada doctor  muda itu. “Safiyyah, I don’t think he he can make it,” ujar Doctor Teressa tenang. Safiyyah terdiam kelu. Allah!
       “ Doktor maklumkan familinya sama ada mahu terus guna alat pernafasan atau cabut saja”  ujar Safiyyah lalu berlalu pergi dari situ. Dia memandu keretanya ke masjid Negara. Tenang dirasakan saat kaki melangkah masuk ke dalam masjid yang indah itu. “Tuhan, hamba mu ini datang nak mengadu nasib pada Tuhan” dengan linangan air mata hangat menuruni pipi. Terimbas wajah Wan yang sedang tenat itu.
          Safiyyah menangis semahu-mahunya. Di sini dia ingin menjadi dirinya sendiri. Safiyyah dah tak mampu bendung air mata ini lagi. Safiyyah tak mapu berpura-pura tenang lagi.
        Selesai solat Maghrib berjemaah Safiyyah bangkit lagi untuk solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Dulu, masa sekolah lagi. Pihak BADAR akan menyuruh pelajarnya buat solat sunat taubat dulu sebelum solat sunat hajat. Safiyyah dah lama tak buat. Safiyyah menyesal sendiri. “sudah terlalu lama aku tidak buat yang sunat ini ya Allah,” Safiyyah menangis lagi. Menyesali diri sendiri yang sudah terlalu lalai dibuai nafsu dan godaan syaitan. Safiyyah geleng kepala.
        Dengan penuh khusyuk dan tawadduk takbiratul Ihram diangkat. selesai salam terakhir, Safiyyah dengan penuh kerdilnya dan merendah dirinya mengangkat tangan berdoa.
       “Ya Allah yang Maha pengasih la Maha Penyayang. Ampunilah dosa kedua ibubapaku Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah dengan penuh kerdil dan mengharap, kau panjangkan umur Najwan Irfan Ya Allah, pinjamkan dia rohnya supaya dia masih dapat melihat dunia.. aku mohon Ya Allah,” Safiyyah dah teresak-esak di situ. Sebelum telefon bimbitnya berbunyi..
        “Betul ke? Baik saya ke hospital sekarang!” Safiyyah bergegas meluru ke keretanya. Dalam hatinya Cuma satu, ya Allah panjangkan umur dia, aku mohon ya Allah!

No comments:

Post a Comment