Sunday, December 26, 2010

Titisan Embun 13

            Wan keluar dari kereta. surau depan rumah yang dia jarang pergi itu sekarang makin kerap dikunjungi. iyalah, sejak jadi orang bekerjaya dia selalu aje rasa lapang bila waktu maghrib dan isyak. Wan baru aje pulang dari kedai buku. maklumlah orang tengah masuk fasa kecewa patah hati ni, dia ke sana mencari ilmu buat ubat hati. di tangan ada sebiji tafsir, bukan kerana Wan dan Izzat tak ada tafsir di rumah. cuma, yang Wan beli masa di sekolah agama dulu tertinggal di rumah keluarga. hari tu balik pun memang tak toleh kiri kanan dah. yang ada dalam kepalanya, dia nak pergi jauh-jauh dari rumah besar itu. nak bawak hati yang duka lara ni.
             'Wan , semua perkara yang jadi itu ada hikmah. tanam dalam kepala otak kau tu' itu pesan Izzat masa dia bercerita dengan Izzat. "Allah tahu apa yang terbaik. kau kena percaya qada dan qadar. ingat Wan, kau tak boleh cintakan dia lebih dari kau cintakan Allah" kata Izat lagi sambil hidupkan putung rokok.          
            "Zat, aku rasanya dah seribu kali cakap. rokok haram. Kan ada fatwa, haram Zat!" walaupun tengah bersedih tapi sempat aje dia menyembur Izzat. " Kalau kau adik aku lah, confirm mama aku dah mengamuk kau tau?" Wan tambah lagi. Izzat hanya. diam. bukannya dia tak nak berhenti langsung. Nak, dia tahu rokok haram. tapi entahlah.. tengah cuba lah ni.
             "Wan, kalau aku tanya sikit kau marah tak?" Izzat cepat-cepat buang rokoknya ke tepi. tak mahu Wan mengamuk pula nanti. Budak Wan ni budak sivik, mana main rokok-rokok ni.
             "Uih, sejak bila nak bertanya pun sampai minta-minta izin nih? kau ingat aku kastam? tanya ajelahh" Wan ketawa sedikit sambil mug berisi horlicks itu diteguk buat kesekian kali.
             "Kau sekolah agama kan Wan? dah lah tu sekolah kau tu kira sekolah bagus. sekolah cemerlang gitu. aku tengok semua alumni sekolah kau stok pakai serban aje. kalau tak pakai serban pun, memang orang alim-alim lah. macam mana kau boleh jadi macam ni?" selamba Izzat bertanya buat Wan gelak lagi,
              Macam mana aku boleh jadi macam ni? Wan garu kepala sendiri....
              "Ngok aje. soalan mintak penyepak je kau ni kan?" Wan sengih lagi. dalam kepala mengatur ayat.
              "Adoiiyaaii, ini macha lah kan, aku dah tanya dah tadi kau marah tak, kalau dah macha tebar roti canai tu tetap macha roti canai jugak. balik bangla la weyh. bahasa melayu ibunda ikut skema jawapan SPM pun tak faham-faham jugak" Izzat baling bantal kecil itu ke muka Wan.
              "Tak makan saman betul kau ni kan. muka korea macam aku ni kau kata macha Bangla tebar roti canai? sah  nikotin pembunuh tu dah bunuh sel dalam mata kau. ngee" Wan ketawa. mengenakan Izzat pula.
              "Huh, buduss, nikotin lain ceritalah der, soalan aku kau tak jawab lagi. migrain aku duduk dengan kau ni" Izzat mendengus perlahan.
              "Baik, aku nak jawablah ni. Oleh kerana soalan kau tadi pun ikut style skema jawapan SPM kan.maka pun nak tiru kau lah. emm, Aku jadi macam ini kerana mungkin jiwa muda? mungkin juga. Tapi kalau tanya soalan sebegini rupa dekat budak sekolah aku batch aku, maka mereka semua sudah dapat meramalkan bagaimana aku di masa depan. kerana zaman sekolah dulu, aku selalu jugak turun naik bilik HEM, nama dia Ustaz Zaidi. sampai hari ni aku tak lupa misai dia. heh. kadang-kadang tu, sebab fly hostel, fly prep, fly kelas. nak dipendekkan cerita aku sangat jahat. kalau nak buat apa-apa ikut sedap kepala aku aje. but, that's life. enjoy. I enjoyed every single day where we use to be a student and a hostelite. tapi denda pun teruk jugak aku kena, cabut rumpur , bersihkan kolam yang memang lumut dia aje 3 inci kau tau. pehh, memang bau dia, kau clorox 3 hari 3 malam pun belum tentu hilang lagi. kena sebat tu benda biasa aje lah bagi aku. tapi aku nakal macam mana pun, aku tak tinggal solat aku. aku tak pernah lupa Allah. nak pergi buat kerja jahat pun Solat hajat dulu, mintak Allah lancarkan urusan. kalau aku fly waktu maghrib, bila masuk waktu isyak aku singgah aje mana-mana surau, solat dulu. kiranya kalau Allah tarik nyawa masa tengah panjat pagar sekolah pun, solat isyak aku dah buat. kuranglah sikit azab tu.Masa SPM , tiap-tiap malam aku bangun tahajjud bhai. aku pun sedar jugak, aku nih tak pandai, suka buat hal, fly sana fly sini, cikgu selalu marah aku, langgar peraturan tu hobi aku. belajar pun main-main."
               "Kalau kau cakap kau stok budak baik pakai serban pun memang aku tak percaya. dah sah-sah muka kau macam player sekolah kut," Izzat gelak.
               "Tu lah, teruk jugak aku kena. sampailah satu hari ni, aku pun dah tak ingat sebab apa, Ustaz Zaidi warning aku  jangan buat hal lagi. masa tu aku balik prep, tengok kawan aku tengah fly pun aku pandang macam tu aje. selalu nya , aku join. tapi lepas Ustaz Zaidi mengamuk sakan kat aku tu, aku tak berani lah. kalau kena lagi sekali, kena gantung sekolah satu, malu lagi satu cerita, pecah rekod lah. along aku tak pernah kena macam aku. itu pun lagi satu, dan yang paling utama sekali, sebab dia gertak nak panggil mak ayah aku. Itu jangan buat main, kalau sampai mak ayah kena panggil itu, memang mimpi ngeri" Wan sengih lagi teringat zaman persekolahannya dulu.
               "aku dah agak dah kau memang bukan baik.. haha" Izzat ketawa lagi.
               "Tapi pernah aje aku jadi imam dulu, itu pun sebab ikut jadual yang ditetapkan. kalau tak silap akulah, setiap 10 haribulan setiap bulan, maka suara aku je lah yang kau dengar baca surah kat surau sekolah aku tu dan masa tu memang aku tak boleh fly lah.." Wan teguk air horlicks yang sudak semakin sejuk tu.
               "Ohhh... patutlah kau ada basic agama"
               "Tak jugak Zat, kalau ada basic pun, perangai macam haram buat apa. aku pun sedar jugak hakikat itu. tapi sumpah aku pelik dengan budak perempuan sekolah aku, budak jahat macam aku ni pun ramai orang minat. diorang ni kan, carilah yang baik-baik, yang boleh tolong bimbing. ini tak , yang jahanam macam aku jugak diorang nak. buat aku pening kepala aje" Wan teguk air tu lagi.
                "Dah. Dah start lah tu, nak tunjuk riak tu. hoi, jangan takabbur, Allah marah!" tutur Izzat dalam ketawa.
                Wan senyum.
          
                     **********************************************************
               Wan masuk ke dalam surau yang berhawa dingin itu. Wan duduk bersila sambil membaca tafsir sementara menunggu waktu solat Zohor masuk. sesekali dia mengerling ke arah pakcik-pakcik yang sedang bersembang itu.
               Bila jemaah sudah masuk ke dalam saf, Wan tutup tafsir dan berjalan ke arah mereka.
               "Wan, jadi imam boleh?" soalan Pak Cik Seman jiran sebelah rumah buat Wan terkesima seketika.
               "Eh, tak apa pak cik, Wan jadi makmum aje.." Wan tolak dengan baik.
               "Eh, ada pulak macam tu, hari ni biarlah orang muda jadi imam," ujar Pak Cik Seman sebelum lelaki tua itu menolak Wan ke tempat imam dan dia kemali ke saf makmum.
               Wan telan liur. perlahan dia membaca niat,
               "Allahuakbar" Wan angkat takbir.
               Ya, solat zohor itu imamnya Najwan Irfan lelaki yang sedang patah hati itu. imamnya Najwan Irfan yang buah hatinya bakal jadi tunang abang sendiri, dan ya, imam solat zohor itu Najwan Irfan yang selalau turun naik bilik HEM di zaman sekolahnya itu.

No comments:

Post a Comment