Thursday, December 23, 2010

Titisan Embun 6

Bab enam
        Tanah perkuburan itu syahdu menyaksikan kembalinya seorang lagi hamba Allah kepada Penciptanya. Wan hanya memakai baju melayu. Sesekali dia melirik ummi Syuhada yang mengelap air mata. Tabah sungguh kau wahai ibu. Pandangannya beralih pula pada abang-abang Syuhada. Cuma ada seorang abangnya yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada jauh nun di Mesir. Sebentar tadi barulah Wan berkesempatan nak bertanya nama abang-abang kepada Syuhada. Yang banyak bercakap dengan Wan itu namanya Taufiq. Yang seorang lagi namanya, Hafiz, yang sulung namanya Ilham, dan yang atas kepada Syuhada yang di Mesir itu namanya Izhar. Sugul masing-masing mendengar talkin di baca buat adik perempuan mereka. Sedangkan Wan yang pernah difitnah ni pun sebak, inikan pula abang-abang darah daging sendiri.
          Selesai segalanya, Wan dah mula melangkah meninggalkan tanah pengebumian itu. Dia terkejut tatkala ada yang memaut tangannya. “Eh, bang. Terkejut saya..” Wan hanya senyum tawar. Taufiq turut tersenyum. “ Ummi abang nak jumpa Wan. Sekejap aje Wan. Boleh ya?” Wan tak mampu menolak. Hanya angguk lemah. Aduhai ibu, masih mahu melihat wajah yang dah menghancur lumat hati anak mak cik sehingga membawa ke mati?
          “Wan, mak cik nak ucap terima kasih. Terima kasih banyak sebab tak simpan dendam. Terima kasih kerana memudahkan urusan anak perempuan mak cik itu. Kalau Wan tak kisah, sudi Wan hadir tahlilnya malam nanti?” permintaan ibu yang baru kehilangan anak perempuan ini terlalu berat untuk di tolak. Meski sepautunya malam ni, dia dan Izzat ada hal di Kajang. Tapi tak apalah, sekali sekala menceriakan hati ibu tua ni pun seronok juga. Dia memberi senyum walau dia tahu, senyum dia itu tak akan menceriakan hari ibu itu.
             
                         ***************************************************

             Sempat dia membuka e-mail sebelum pergi ke rumah keluarga Syuhada di Ampang untuk tahlil. Dia terkejut tatkala menerima e-mail terakhir dari Insyirah Safiyyah.
                        “Wan, maaf tak berkesempatan nak membalas e-mail Wan hari ni. Ada hal mustahak. Innalillahhirojiun. Ada saudara saya yang dah pergi tinggalkan dunia. Saya harus hadiri tahlilnya. Apa-apa pun, maaf. Assalamualaikum”
               Kebetulankah ini?
            Dia terpaksa meninggalkan laptop di dalam biliknya dengan hati yang berat bila Izzat dan mengetuk pintu bilik seperti ketuk kompang rumah orang kahwin aje. “Dah lambat nih. Tahlil lepas maghrib kan? Kita maghrib kat sanalah.” Sempat Izzat membebel dalam masing-masing kalut mencari kunci rumah yang entah mana tercampak saat Izzat melemparnya ke atas sofa tadi. “Kau ni, kotak mancis betullah Zat, yang kau pakai lempar-lempar tu pahal?kan dah hilang. Ni dah jadi satu kerja pulak aku nak mencari ni...” Wan merungut.
            “Wan, kau teringin tak kalau aku turunkan kau sampai bus stop aje lepas tu kau pandai-pandailah naik bas pergi Ampang? Teringin? Kalau rasa tak sanggup. Better shut up and find the key lah machaa” Izzat membalas. Wan mencebik. “Aku bayar jugak seratus setengah setiap bulan untuk kelisa kuning kau tu okeh?” Wan tak nak mengalah.
           “Buat habis current aje carik kunci dekat celah-celah sofa ni. Tu yang dekat meja makan tu apa budak rabun? Kau ni, tu lahh merokok kuat sangat. Dah sah-sah ada fatwa kata hukum isap rokok tu haram. Bawak-bawaklah taubat Izzat oi.  Orang lain hisap rokok effect jantung, kau effect mata” Wan membebel sambil tangannya menayangkan segugus kunci itu dihadapan mata Izzat. Izzat hanya mampu tersengih.
            “Bila masa nikotin jejaskan penglihatan haaa macha tebar roti canai?” dalam gelak Izzat menutur. “Kau apa tahu. Dulu, aku science stream tau. Takat budak engineering macam kau ni yang dalam exam pun pakai pembaris dengan geometri set buat lukisan kejuruteraan mana tahu” Sempat aje Wan menjawab. Izzat hanya geleng kepala. Dia tahu Wan cakap benda betul rokok haram tapi nak berhenti tu macam susah bunyinya. Macam? Tapi tak pernah nak mencuba. Dia geleng lagi. Mengunci pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perut kereta. Kalau kena rompak. Naya aje.

                            **************************************************
             Dari tadi matanya macam dah kena gam pada seraut wajah yang tenang mebaca yaasin di sudut ruang tamu itu. Wan diam seketika. Kenapa muka macam selalu tengok aje? Nak kata satu kampus, macam tak aje? Tiba-tiba dia teringat pada Insyirah Safiyyah. Ya, kalau 10 kali tengok pun memang macam dia. Dan mesejnya yang terakhir tadi pun, ada kemungkinan yang sangatlah besar kalau saudara Insyirah Safiyyah yang meninggal itu adalah Syuhada kawan satu UMnya itu. Ngee. Alahai takdir. Kenapa pertemukan kami di saat-saat begini? Dan bagaimana pula kalau dia juga tahu tentang kisah aku dan sepupunya itu?

bersambung....


penulis : saya sangat sukakan merah jambu sekarang! haha. whateverlah kan. hemm. saya sendiri mengambil masa yang sgt lama untuk mengadun cerita ini. iyalah kan, bila melibatkan islam. jangan sampai hukumnya salah. nanti org lain bace, kite berdosa. maklum juga, saya bukan lahh jenis yang alim sangat cuma kadang-kadang saya rasa macam budak sekarang cuba menidakkan sesuatu yang mereka tahu benda itu kebenaram. huh! *habis budak zaman bilakah saya?* haha. saya berkata begitu kerana pengalaman. pengalaman mematangkan. dan saya sendiri macam tu. dah tau dosa, lagi rasa nak buat. itu syaiton. menyesatkan itu hobinya. hehe. btw, terima kasih kerana sudi membaca juag? :) 

assalamualikum

waniyusof =)

No comments:

Post a Comment