Wednesday, December 22, 2010

Titisan Embun 1

Bab satu.

        *************************************************************************
       “ Cinta itu fitrah. Semua orang rasa perasaan itu” balasan mesej dari gadis solehah itu
       “ Jadi awak pernah rasa?” Dia bertanya seronok dengan topic perbualan.
       “Kan saya dah kata semua orang pernah rasa,” gadis solehah itu menjawab lagi. Penuh berhati-hati.
       “Lalu cinta awak untuk siapa?” Dia ketawa kecil saat menaip setiap butir kata,      
       “Cinta saya dah berpunya...” balas gadis solehah itu dari bumi Cik Siti Wan Kembang itu.
       “Ohh..” jelas dia kecewa. Dia dah hilang mood nak bersembang lagi. Jawapan yang di harap tak           kunjung tiba. Wan tak nak jawapan yang macam itu. Itu species jawapan buku teks tu.

         ****************************************************************************
       “Wan!” suara yang membuat dia berpaling ke belakang itu. Terukir senyum di wajah Wan saat Maira tersenyum manis ke arahnya.
       “Ada apa ya?” Wan senyum lagi. Penyakit miang-biang *bak kata Una* Wan dah keluar. Senyum yang diukir tak hilang-hilang. Menanti gadis bertudung tiga segi ini menuruskan bicara. Wan curi-curi pandang ke arah jam tangannya. Dia ada kuliah sebentar lagi.
       “Maira, saya nak cepat ni. Bukan tak sudi, tapi kalau penting cakap cepat sikit boleh?” lembut dia menutur. Biasalah bila mat romeo nak blah cepat-cepat, gigi lagi lembut dari lidah . Maira segera mengeluarkan sebuah buku dari beg tepinya. Wan pandang dari hujung mata. Ui, nak bagi hadiah ke? Kot ya pun, kenapa buku.. sambut bulan membaca ke? Dia berfikir seketika. Senyum kecil terukir di hujung bibir.
        “Classmate Mai suruh bagi kat Wan.. maaflah curi masa Wan,” lembut dia menutur. Buku itu dipandang sekilas. ‘Jadilah Muslimin Soleh’. Wan terdiam. Nak ketawa pun ada. Tetapi terasa ada penampar hinggap di wajahnya. Ini nak memperli ke? Wajah Maira seolah menahan ketawa. Wan tarik nafas panjang.
         “Cakap dekat kawan awak tu, terima kasih banyak. Okaylah saya pergi dulu..” tanpa pamit atau salam, Maira di tinggal terkebil-kebil di tengah cafeteria itu.
         Buku itu di pandang sekali lagi. Dia mendengus pula. Jahat sangat ke aku?

    ******************************************************************************

        “Huiyoo Wan, sejak bila jadi penggemar buku-buku ilmiah ni. Kagum aku” Izzat menepuk bahu Najwan irfan. Wan jeling. Memperli tak habis dari tadi. “Kau beli?” Izzat bertanya lagi. Setahu Izzat, Wan ni budak sekolah agama yang kurang suka baca buku agama. Wan geleng.
        “Orang bagi..” selamba Wan menjawab. Dia baru baca muqadimah dah ada yang nak mengacau daun.
        “Bravo kau Wan, orang bagi? Buku mahal ni siot. Kalau kau beli rokok dapat 5 kotak bro...” Izzat dah gelak ketawa. Geli hatinya.
         “Aku bukan macam kau lah. Dari beli rokok, baik beli kredit. Ada gak pekdah..” wan dah tutup buku itu. Sudah hilang tumpuan. Dia membuka laptop.
         “Mesej dengan siapa Wan?” Izzat bertanya lagi. Dia memandang Wan yang khusyuk membaca. Izzat petik jari. “Aku dah tau. Budak Kelantan itu lagi?” Izzat dah senyum-senyum menanti jawapan Wan.
         “Ini bukan stok pameran ini. Ini limited edition straight buat jadi isteri..” Wan senyum. Sesungguhnya dia suka pada gadis solehah itu. Namanya indah persis peribadinya. Insyirah Safiyyah. Huaa, dengar nama aje dah tau, budak baik.
         Wan jeling jam lagi. Sudah berjanji pukul 3 petang ini ada perjumpaan di Kafeteria dengan majlis tertinggi Belia Islam. Wajah Prof Daud yang sedang mengajar di depan dipandang lagi. Buku nota di selak-selak bosan. Sesekali tangannya menulis di situ. Mencatat apa yang patut sahaja.
           ********************************************************************
         “Bang sorry, lambat lagi...” ayat pertama yang terkeluar sebaik sahaja Wan melabuhkan punggung. Abang Afiq dilihat hanya diam meneliti sesuatu di tangan. “Tak apa, Nurul dan Shafiyyah juga belum sampai” Kak Iffah yang beria menjawab. Wan senyum seraya angguk. Tahu salah di bahunya itu. Kalau tak kerana  Syuhada menahannya tadi, pasti dia tidak lambat untuk perjumpaan petang ini. Syuhada. Nama itu menitir di bibir lagi. Dia ingin berjumpa kononnya ada perkara penting. Bila Wan berdiri menunggu kata-kata seterusnya. Syuhada hanya senyum dan kata, dia mahu tahu statusnya. Wan hanya garu kepala persis orang bodoh. Status apa pulak ni?
       “Status apa pulak Syue? Aku tak faham lah..?” terus Wan menjawab tanpa berfikir lagi. Punyalah dia bersemangat nak pergi ke perjumpaan petang ni. Kenapalah bila orang yang tak berapa nak baik macam aku ni, kalau nak buat baik, ada aje yang nak menghalang. Wan dah tak senang duduk. Kejap pandang jam di tangan , sekejap pandang pada jam di dinding itu.
        “Bukan ke selama ni...” Syue dah hilang seri. Senyumnya yang mekar saat menegur Wan tadi dah hilang ke mana. Syuhada gigit bibir. Seolah-olah segan nak bercakap. Wan yang sedikit baran dah mendengus,
         “Apa lagi ni Syue. Aku ada hal. Kau faham tak ni?” Wan dah baran. Sudahlah tak nak cakap. Disuruh pula dia tunggu terpacak di situ tanpa sebab kukuh. mujur Syuhada perempuan. Kalau tak dah ditembak dengan senapang electron yang selalu di guna di lab itu.
          “Ada hal? Ke kau nak pergi dating dengan perempuan lain pula?” wajah serba salah itu dah diganti senyum sinis. Pedas! Wan angkat muka dari jam tangannya.  Terkedu saat mendengar kata-kata Syue itu. Terasa kebas pipinya di saat itu. Hai perempuan ni.. lebih-lebih pulak.
        “Kalau iya pun aku nak pergi dating, atau nikah sekalipun. Apa hak kau nak cakap macam tu?” suara Wan yang dah berdesing itu menyentak Syuhada. Wajahnya kemerah-merahan. Malu! Malu diherdik begitu. Malu kerana dia sebagai gadis rebutan ramai itu diherdik begitu oleh mat romeo pujaan Universiti Malaya yang wajahnya hanya layak diberi gred B + sahaja.
         “Syue, aku memang betul-betul ada hal ni. Kalau kau rasa memang ada benda penting nak cakap dengan aku, nanti lain kali aku cari kau lagi. Sorrylah Syue. Aku tak ada masalah hari ni” Wan dan mula angkat kaki. Syuhada yang dah diam tak terkata apa. Menoleh.
          “Siapa yang ada dalam hati kau?” soalan Syuhada buat Wan yang baru dua langkah menapak menoleh lagi sekali. “Perlu ke kau tahu?” dahi Wan berkerut . Sejujurnya itulah yang di rasakan saat ni. Ngee. Minah ni dah tak sihat ke tanya aku Soalan pelik ni?
          “Mungkin aku tak perlu tahu dan tak berhak pun nak tahu, tapi kali ni aje Wan, siapa yang ada dalam hati kau?” Syuhada masih disitu sabar menanti.
          “Ada seseorang yang jauh di mata dekat di hati. Jauh dari sini. Dan maaf sekali lagi kalau jawapan tu mengecewakan kau ya..” dengan wajah tak bersalah Wan terus berlari-lari anak ke arah Iqram dan menyaingi rakan sefakultinya itu. Sefakulti aje pun. bertegur hanya sekali-sekala juga sekadar bekas ketua umum di sekolah dulu. Iqram memandang pelik. Wan hanya tersenyum paksa.
         “Apahal?” Iqram merenung.
        “Mana ada apa-apa. Okeylah Ram, aku pergi kafe dululah..”
        Iqram yang masih blur tak faham apa-apa di tinggal begitu sahaja. Dia dah berlari menuju ke meja yang kelihatan Abang Afiq dan Kak Farah. Iqram di kambing hitamkan. Yang penting dia lepas dari Syuhada!

No comments:

Post a Comment