Wednesday, December 22, 2010

Titisan Embun 3

Bab Tiga.
      
       “ Semua dah ada?” Safiyyah tersenyum memandang seorang demi seorang adik usrahnya itu. “Kalau macam tu dah boleh mula ya, baiklah.. kita buka majlis kita dengan Ummul-Furqan, Al-Fatihah” Safiyyah membuka majlis dengan bacaan Alfatihah. Semua ahli usrahnya itu menadah tangan.
        “Okay, hari ni kita nak bincangkan pasal kesedihan.. kesedihan tak kisahlah apa penyebanya, boleh semua?” Safiyyah membuka bicara. Menanti persetujuan dari adik=adik usrahnya yang cantik-cantik belaka. “Boleh kak” sambil Najiha dah mengeluarkan buku notanya.
        “Kesedihan? Bila kita selalunya bersedih?” Safiyyah memandang seorang demi seorang. Dalam usrah begini, komunikasi dua hala sangat diperlukan. Kerjasama di antara ahli usrah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli usrah.
         “Lepas putus cinta,” jawab Muna atau Najihatun Muna sambil ketawa-ketawa. Safiyyah tersenyum juga tahu adik-adik usrahnya suka bergurau begitu. “Lagi, Run tak nak cakap apa-apa?” Safiyyah memancing minat Qatrunnada yang Nampak kurang berminat. “Mungkin lepas jatuh longkang, dan semua orang nampak. Malunya dua tiga hari pun belum tentu hilang” jawapan selamba dari Qatrunnada yang buat Safiyyah ketawa kecil.
         “Baiklah, kemudian kita bersedih?” Safiyyah sesekali merujuk nota ringkas yang dah disediakan sejak malam tadi
          “Mastilah kak, sedih tu kalau putus cinta.nak nak kalau frust menonggeng” Izzah pula menambah. Sekali lagi. Meja di taman bunga yang mereka duduk itu gamat dengan ketawa.
          “Akak nak buat pengisian dah ni, so jangan gelak lagi dah, kalau kita tenung lama-lama lah kan. Reverse ke belakang ke depan. Kita ingat balik berapa sangatlah yang Allah ambil dari kita nak lawan dengan nikmat yang Allah beri dari kita lahir lagi. Celik-celik mata aje dah tak terhitung nikmat yang Allah bagi” Safiyyah memandang. Memastikan mereka dapat apa yang hendak di sampaikan.
           Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Jadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Ada kemungkina yang hilang itu akan membawa binasa pada kita atau kita akan terlalai dengannya.
          “Dalam Quran Allah berfirman, surah Ibrahim 14 : 34 , yang bermaksud ; "Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya” . Jadi bila kita hilang sesuatu, Allah hanya menarik terlalu sedikit dari nikmat yang kita rasakan selama ini. Contohnya, kita putus cinta. Macam yang Muna cakap tadi, kita hanya hilang kekasih kita. Yang hanya baru kita kenal lepas masuk uni dekat sini, tapi kita kena bersyukur sebab kita tak hilang mak, ayah, adik beradik,saudara mara. Dan mungkin Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita di hari muka” seketika dia berhenti. Merenung wajah demi wajah yang tekun mendengar itu.
           “Akak teruskan lagi ya, lagi firman Allah yang akak nak petik dari Qurannurkarim Surah Ankabut 29 :33 yang bermaksud, jangan takut dan jangan berduka cita. Dan bila dirudung masalah, mengapa kita perlu bersedih? Hidup ini penuh dengan cabaran dan kita harus atasi cabaran tersebut. Contohnya, teman sebilik kita clubbing dan sebagainya bukan kah kita sepatutnya menasihati dia mengajak dia kembali ke jalan Allah. Kita tak boleh biarkan dia terus hanyut. Kalau kita biarkan, di akhirat kelak, Allah akan bertanya, bukankah sepatutnya kita menegur dia dan mengajaknya kembali ke jalan Allah. Jadi kita tak boleh berhenti menasihati dia sehingga dia berubah. Ini semua hanya boleh diberhentikan dengan syarat berlakunya tiga perkara , awak meninggal dunia atau dia meninggal dunia atau matahari dah terbit dari barat, faham semua ya?” Safiyyah tersenyum buat kesekian kalinya.
       
******************************************************************************
         Wan tak jadi nak makan apabila Izzat duduk di hadapannya. “Apahal?” Wan terus menyuap ke dalam mulut. “Wan, kau tau tak sekarang dah heboh satu UM ni, kau tampar Syue. Aku nak tanya kau sekarang ni, betul ke?” Izzat bercakap dalam senafas. Tersedak Wan mendengar. Bila masa pulak aku naik tangan kat perempuan ni? Berkerut dahinya.
         “Bila kau dengar?” Wan selamba bertanya. Biarpun tekak dah terasa kesat semacam, riak wajah tetap beku tak menampakkan apa-apa petanda.
         “Juan yang cakap. Dia tanya aku betul ke tak? Aku dah ternganga aje tak tahu nak jawab apa” Izzat meletakkan buku-bukunya di atas meja makan itu.
         “Kau percaya?”
          “Kalau aku percaya dah lama aku sendiri hantar kau pergi balai polis kau tau, dah lama aku packing pindah dari rumah kau ni. Sebab aku tak percayalah aku tanya kau sendiri ngok” bulat biji mata Izzat.
           “Mana ada,” selamba. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut.
           “Dah tu, macam mana pulak boleh keluar cerita pelik-pelik yang konon kau tampar Syue sebab Syue kata yang dia mengandung anak kau,.. haaa itu satu lagi aku nak tanya kau,” Izzat berhenti seketika. Memandang wajah Wan yang sedang menyembur nasi keluar dari mulutnya.
            “Aku tak percaya Wan. Aku kenal kau bro. Kau tak buat benda yang memang langgar hukum Allah macam tu. Sekarang kau cerita dengan aku. apa yang dah jadi sebenarnya,” Izzat menghela nafas panjang.
            “Zat, sumpah Zat. Aku tak buat benda-benda terkutuk macam itu Zat. Lillah,” merah padam muka Wan. Kali ini dia berani bersumpah dengan Allah. Kalau nak menyentuh tangan perempuan bukan mahramnya pun dia teringat pesan Iqram. Inikan pula nak mengandungkan anak dara orang. Aku tak sebodoh itu!
            “Hari tu...” Akhirnya Wan buka cerita. Dengan lemah longlainya. Dia bercerita segala-galanya pada Izzat yang sendiri dah terlopong mendengar. Wan hanya mampu menggelengkan kepalanya. Laparnya dah hilang ke mana. Seleranya dah terbang sebaik sahaja Izzat mengkhabarkan berita itu. Patutlah aku demam hari ni, rupanya Allah nak hantar petanda. Yang Dia nak turunkan bala dekat hambanya yang lemah ni.
            Syue, sudah lupakah engkau, hukum orang yang menabur fitnah itu lebih berat dari membunuh Syue. Sudahkah engkau lupa, Pendidikan Quran Sunnah yang ustazah ajar di sekolah dulu? Syue, aku memang nakal Syue, tapi kau, kau dah tak takut neraka ? kau dah tak ingat azab yang ada di dalamnya?

No comments:

Post a Comment