Wednesday, December 22, 2010

Titisan Embun 4

Bab Empat
        Izzat memapah Wan ke dalam rumah. “Kau tak nak buat polis report Wan?” wajah Wan yang sudah lebam-lebam itu dipandang lagi. Dia berlalu ke dapur. Mengambil segelas air dan first aid. “Nah, air” Izzat menghulurkan air sejuk itu kepada sahabatnya yang bersandar lesu di sofa.
        “Aku nak jumpa Syuhada” ringkas wan berkata. Berkerut kening Izzat, “Kau ni nak tempah kubur sendiri ke Wan? Tadi, kita pergi lepak kedai mamak pun orang datang pukul kau, ni pulak kau nak buat kerja gila pergi jumpa dia”
        “Aku kena settle benda ni dengan dia. Aku kena Zat. Dia dah mulakan semua ni. Dia kena bersihkan balik nama aku” Wan mengusap wajahnya yang lebam. Sial! Bala apalah yang menimpanya?
        “Jadi kau balik rumah mak kau esok?” Izzat bertanya lagi. Tangannya ditepis oleh Wan. “Ouchh, sakit lah ngok. Entahlah, ni dah biru-biru muka aku ni, tundalah gamaknya” sempat aje Wan nak buat lawak.
        “Haishh..” keluhan yang terkeluar dari mulut Izzat buat Wan tersenyum. “Apasal mengeluh?”
       “Itulah kau, aku dari dulu dah pesan jangan cari pasal..”
         “Ada hikmah ni.. percayalah” jawapan paling mudah diberikan pada Izzat. Meski dia sendiri tak puas hati. Lain orang buat, kenapa dia pula dikambing hitamkan?
              ****************************************************************
“Kalau betul kau mengandung , apa bukti?” suara Wan bergetar rendah menahan rasa marah yang mula bertapak di hati. Syue di pandang tajam.
          “Apasal diam? Sebelum ni banyak pulak mulut kau dok jaja cerita, hari ni, ayah anak dalam perut kau tu tanya, kau tak nak jawab pulak. Syue, kau dah tak takut dosa? Dah tak takut neraka?” Wajah Syuhada di renung lagi. Ikut hati di bunuh saja si penabur fitnah dihadapannya. Bila di sebut dosa dan neraka. Wajah Syue menunduk. Teresak-esak.
           “Aku..aku.. aku suka kau dari sekolah lagi. Tapi kau tak pandang aku..” dalam esak tangis Syuhada memberitahu. Wan makin baran. Hanya kerana cinta tak berbalas dia senekad itu. Sah minah ni dah tak betul! Hanya kerana Wan tak suka seperti mana dia suka Wan, dia jerat Wan dalam fitnah kotornya itu.
          “Lepas tu kau cakap kau mengandung anak aku?” Wan bertanya lagi. Suaranya dikendurkan. Dia sendiri cuba cari ketenangan. Takut kalau marahnya dah melebihi paras bahaya. Cafeteria yang lengang itu meletup pula.
          “Kau dah tak ingat Allah Syue? dulu bila PQS kau tak pernah gagal macam aku. Uztaz Malik selalu cakap aku ni tak jadi orang , kau selalu score, dia selalu kata kau wanita solehah. Dah terang, cinta kau untuk sesiapa sahaja tak boleh melebihi cinta kepada Allah. Kau kena redha qada dan qadar. Mana pergi akal sihat kau ni?” Wan gagal mengawal mulutnya. Memang betul. Dulu, setiap kali subjek PQS ustaz Malik akan menyemburnya habis-habisan. Sebagai ketua warden, hampir setiap minggu pasti ada aje sebab musabab untuk Wan ‘dating’ dengan cikgu Malik. Dating menggantikan perkataan sesi ceramah bila dia diusik rakan sekelas dulu. Pernah sekali Ustaz malik, aka sugar daddy Syuhada *mulut Wan memang jahat* marah sangat dan kata : “Kalau saya punya anak lelaki, saya berharap agar dia tidak berperangai seperti kamu. Tak jadi manusia!” begitu sekali dahsyatnya marah Ustaz Malik pada Wan. Ngee. Tapi masa tu Wan kata pada diri sendiri yang sebenarnya Ustaz Malik jelous sebab Allah tak kurniakan dia anak lelaki. Anak perempuan sampai 6.
          “Tapi Wan, aku nak kau. Aku tak nak hilang kau. Aku tak boleh hidup kalau tak ada” Syue terus menangis lagi. Wan makin baran. Beginikah cara kau menunjukkan rasa sayang kau? Dengan fitnah ? Kalau macam ini, sampai kiamat pun aku tak ambil kau jadi isteri. Wan mengerutkan dahi.
            “Sumpah Syue, seteruk-teruk aku. aku tak pernah sentuh tangan yang haram untuk aku. aku masih jaga batas pergaulan aku. tuduhan kau terlalu berat. aku lelaki. Aku anak lelaki. Aku ada mak ayah. Kau tak kasihan kat mak ayah aku kalau diorang dengar fitnah yang kononnya anak lelaki yang mereka dah besarkan dengan penuh didikan agama buntingkan anak dara orang? Mak ayah aku tak salah. Tolong Syue, aku ada maruah keluarga yang perlu aku jaga” Wan menyembur Syue. Supaya gadis itu mengerti di mana kedudukannya.
             “Tapi aku manusia Wan. Aku ada perasaan. Aku nak kau..”
             Istighfar Wan dibuatnya. “ Subhanallah, Syue, aku tak tahulah what kind of family do you have, but for sure kau datang dari family alim-alim. Sumpah Syue, kalau aku ada adik macam kau. Dah lama aku bunuh. Buat malu keluarga. Jangan jadi bodoh. Aku tak suka kau. Dan apa yang kau sedang buat sekarang, hanya menambahkan peratus benci kepada kau di dalam diri aku. kau anak perempuan. Dan kau perlu jaga diri kau jugak. Jangan cari aku lagi. Aku belum boleh terima kau walau hanya sebagai kawan lepas apa yang dah jadi. Kau tak perlu minta maaf kat aku. Cuma tolonglah berhenti tabor fitnah lagi. Aku dah letih. Ingat Allah. Allah tu adil. Kau taubatlah. Aku pergi dulu, Assalamualaikum” Wan terus angkat punggung dan hayun langkah meninggalkan meja mereka sebentar tadi.
               “Wan!” Syue memanggil membuat langkahnya terhenti. Tapi masih belum menoleh. Benci yang terlalu sarat untuk Syue. “Maafkan aku dunia akhirat” Syue mengungkapnya lambat-lambat. Wan tarik nafas panjang. Dia teruss berjalan tanpa berkata apa-apa lagi. Cukuplah sampai sini. Aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi!
                                                   
           **********************************************************************      
 “Dah settle bro?” Izzat bertanya sambil menghirup kopi panas itu. Wajah Wan yang tegang dari tadi dah tersenyum. “Alhamdulillah. Insya-Allah” Wan meneguk milo panas lagi. Kedai makan Kak Ema di tepi jalan itu lengang. Wan tarik nafas lega. Lega selega-leganya.
            Mereka berdua terus bersembang tentang pasukan bola yang sedang beraksi itu. Maklumlah, Izzat gilakan yang berjersi biru manakala Wan penyokong berani mati si merah. Sesekali mereka berdua berdecit menahan marah akibat kebodohan pemain di kaca televisyen itu. Tiba-tiba bunyi berdentum dari arah jalan raya. Serentak dua kepala itu menoleh. Seseorang telah dilanggar.
            Hampir kosong kedai makan Kak Ema bila hampir semua pelanggannya keluar melihat apa yang berlaku. “Accident! Accident” seorang lelaki melaung. “Tolong sesiapa telefon ambulans,” kata lelaki itu. Wan dan Izzat menghampiri gadis yang dilanggar itu. Sedang dia cuba melihat wajah mangsa pelanggaran itu matanya cepat menangkap wajah cemas dan sugul kawan satu sekolahnya dulu. Mai! Wan dah tak sedap hati. Bagaimana Mai boleh ada di situ. Dan kenapa wajahnya cemas yang kalau toreh mukanya, tiada setitik darah pun keluar. tolonglah jangan cakap yang gadis yang dilanggar itu adalah... dia tak nak menyambung lagi. Dia takut.
            Izzat tepuk bahu Wan. “Astaghfirullah Wan, Syuhada Wan!” Wan dah terdiam tak mampu mengulas apa. Ditelinganya terngiang-ngiang kata Syuhada sebelum dia melangkah pergi tadi. “Maafkan aku dunia akhirat” . Wan kaku di situ. Wajah cemas Mai yang dah basah dengan air mata itu dipandang lagi. Matanya beralih pula pada darah pekat yang mengalir di celah-celah kerikil jalan tar itu. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment